Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)
DALLAS, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pekerja kolar merah jambu di seluruh dunia telah bersuara: Mary Kay Inc., syarikat pembangunan kecantikan dan keusahawanan ikonik, sekali lagi telah dipilih sebagai sebuah tempat terbaik untuk bekerja. Dalam tempoh 60 hari pertama pada tahun 2022, jenama itu telah memperoleh lima anugerah majikan berprestij melalui Forbes dan Kincentric di Amerika Syarikat, Eropah, Republik Czech, Sepanyol dan Malaysia. Pengiktirafan itu diperolehi susulan daripada beberapa penghormatan pekerjaan lain yang diperoleh sepanjang tiga tahun yang lalu.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220215005276/en/
Majikan Terbaik Forbes 2022 telah dikenal pasti dalam satu tinjauan bebas yang diambil oleh kira-kira 60,000 orang pekerja Amerika yang bekerja untuk syarikat-syarikat yang mempunyai lebih daripada 1,000 orang pekerja di Amerika Syarikat. Secara keseluruhan, 1,000 majikan telah diiktiraf merentasi 25 sektor industri yang berbeza. Ini bukan kali pertama Mary Kay telah dipilih dalam senarai majikan Forbes yang diidam-idamkan—baru-baru ini, Forbes juga telah menamakan Mary Kay sebagai sebuah Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik, Majikan Terbaik untuk Kepelbagaian dan Majikan Terbaik untuk Wanita.
Anugerah majikan Kincentric Mary Kay di Eropah, Republik Czech, Sepanyol dan Malaysia adalah hasil daripada satu penilaian teguh yang mengukur dan mengenal pasti organisasi yang telah mengubah amalan kakitangan mereka untuk memacukan hasil perniagaan yang lebih baik. Menurut Kincentric, hampir 8 daripada 10 orang pekerja Mary Kay yang mengambil bahagian menjawab “ya” apabila ditanya: “Mary Kay memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan kerja saya yang terbaik pada setiap hari,” dan 87% pekerja menjawab secara afirmatif kepada kenyataan: “Misi organisasi ini memberikan arah haluan yang bermakna kepada saya.” Itu adalah 19 mata lebih tinggi daripada purata Kincentric di peringkat global.
“Mary Kay berbesar hati untuk sekali lagi diiktiraf bagi amalan pekerja terkemuka industri dan markah penglibatan,” kata Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Mary Kay Inc. “Pekerja kami adalah asas kepada kerja luar biasa yang kami lakukan di seluruh dunia dan ia adalah sebab kami kekal sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka hampir 60 tahun selepas penubuhan kami. Kami mempunyai satu falsafah pekerjaan yang mudah di Mary Kay: jika pekerja kami datang bekerja setiap hari yakin bahawa mereka membantu menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik, maka kami berada di landasan yang betul.”
Falsafah itu telah memaklumkan setiap keputusan dalaman pekerja selama enam dekad. Hasilnya, 41% daripada pekerja Mary Kay di seluruh dunia telah bersama syarikat itu selama lebih 10 tahun, 75% daripada peranan baharu dinaikkan pangkat dari dalam, dan jenama itu menawarkan beberapa program yang disasarkan kepada pembangunan profesional, pemikiran berinovatif dan kesejahteraan pekerja. Mary Kay menawarkan kepada pekerja dengan satu menu teguh yang terdiri daripada faedah perubatan, pergigian dan mata yang berpatutan, insurans nyawa, akaun simpanan untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan tanggungan, perlindungan kematian akibat kemalangan dan pemotongan anggota badan, dan satu pelan simpanan persaraan yang termasuk 401k dan satu program perkongsian keuntungan yang bermurah hati. Komitmen ini untuk berkongsi kejayaan adalah asas kepada komitmen Mary Kay kepada orang yang membolehkannya.
“Saya amat berbangga dengan usaha kepelbagaian kami,” kata Sellers. “Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kepelbagaian dan keterangkuman, lebih 1,000 orang pemimpin kami telah mengambil bahagian dalam latihan berat sebelah tanpa sedar dengan lebih banyak lagi bakal menyusul. Kami juga meminta bantuan pengesahan perniagaan pihak ketiga dan vendor data kepelbagaian untuk menilai rantaian bekalan kami bagi memastikan kami mewakili perniagaan milik wanita, minoriti dan veteran dengan sewajarnya.”
Sehingga Mac 2021, 61% daripada tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita dan 64% pemimpin pasaran terdiri daripada wanita.
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di MaryKay.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220215005276/en/
Hubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com
Sumber : Mary Kay Inc.
No comments:
Post a Comment