TOKYO, 10 Feb., 2022 /Kyodo JBN*AsiaNet/--
Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo (MOMAT) di Jepun telah melancarkan “Let's Talk Art! Online,” (“Mari Berbicara mengenai Seni Lukis! Dalam Talian”) sebuah program perbualan dalam talian dalam bahasa Inggeris, pada 2 Februari, 2022.
Permohonan diterima melalui Viator.
Tidak seperti lawatan berpandu di mana orang ramai hanya mendengar kepada penerangan tentang karya seni, “Let's Talk Art!” adalah satu program pengalaman di mana peserta berinteraksi di antara satu sama lain di bawah bimbingan seorang fasilitator, mendalami pemahaman mereka tentang karya seni dan budaya Jepun. MOMAT telah menjalankan program ini untuk pelawat muzium, tetapi sekarang memandangkan ia sukar untuk melancong ke Jepun, muzium itu telah melancarkan satu versi baharu dalam talian bagi program itu supaya orang ramai boleh turut serta dari mana sahaja di dunia.
MOMAT mempunyai satu koleksi besar yang memberi tumpuan kepada seni lukis Jepun dari awal abad ke-20 sehingga ke hari ini. Dalam program ini, peserta meluangkan masa selama 60 minit untuk menghargai tiga karya daripada koleksi muzium itu yang dipilih dengan teliti berdasarkan kepada satu tema tunggal (keseluruhan program itu mengambil masa 80 minit).
Program itu disyorkan bukan sahaja untuk pencinta seni lukis, tetapi juga bagi mereka yang ingin mendalami pemahaman mereka tentang budaya Jepun dan mereka yang berminat di dalam pertukaran silang budaya.
MUZIUM NASIONAL BAGI SENI LUKIS MODEN, TOKYO MELANCARKAN PROGRAM PERBUALAN DALAM BAHASA INGGERIS
No comments:
Post a Comment