Thursday

PETRONAS SANTUNI 900 BUAH KELUARGA DI KEDAH, PERAK, PERLIS DAN PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KASIH LEBARAN

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- PETRONAS, menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat Yayasan PETRONAS dan anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas makanan seperti beras, susu, minyak, telur, makanan dalam tin, tepung gandum dan kad minyak Mesra PETRONAS kepada 900 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Sumbangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih PETRONAS, disampaikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri-negeri terlibat. Mewakili penyampaian ini, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman berkata: “Di samping meringankan beban golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sumbangan ini juga diharap dapat membantu membangkitkan kegembiraan mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.”

Melalui program Sentuhan Kasih, 5,000 buah keluarga golongan kurang berkemampuan di seluruh negara menerima sumbangan bernilai RM1 juta sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai tidak lama lagi.

PETRONAS SANTUNI 900 BUAH KELUARGA DI KEDAH, PERAK, PERLIS DAN PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KASIH LEBARAN

No comments:

Post a Comment