Harry Potter: Puzzles & Spells dari Zynga (Grafik: Business Wire)
SAN FRANCISCO, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200515005052/en/
SIAPA:
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, dengan perlesenan rasmi dari Warner Bros. Interactive Entertainment dan diterbitkan di bawah Portkey Games, sebuah label yang dikhususkan untuk mencipta pengalaman baharu mudah alih dan permainan video bagi Dunia Sihir yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling.
APA:
Harry Potter: Puzzles & Spells, permainan yang diumumkan baru-baru ini yang datang ke peranti mudah alih di seluruh dunia, telah melancarkan treler cuitan rasmi mereka yang pertama. Dari platform nine and three-quarters dan Diagon Alley, kepada Hogwarts Express dan Grand Staircase, video pertama ini membawa pemain kepada satu lawatan awal ke beberapa tetapan yang mereka minati yang akan dikunjungi mereka ketika mereka bergerak ke hadapan melalui permainan teka-teki itu.
Dengan menjangkakan pelancaran permainan itu yang akan datang di seluruh dunia, peminat juga boleh mengunjungi laman web permainan Harry Potter: Puzzles & Spells yang baharu dilancarkan di www.harrypotterpuzzlesandspells.com untuk terus mengetahui dan mendaftar bagi mendapatkan maklumat terkini. Untuk maklumat lanjut dan bagi berhubung dengan peminat lain, sila lawati kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
PETIKAN:
“Dari Great Hall of Hogwarts kepada bilik umum Gryffindor, Harry Potter: Puzzles & Spells memberi peluang kepada pemain untuk melawat semula mercu tanda Dunia Sihir kesukaan mereka dalam satu cara baharu,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Treler baharu ini memberikan pandangan pertama tentang apa yang dijangkakan, dan kami menggesa peminat untuk terus mengikuti magik, kenakalan dan teka-teki menerusi laman web permainan itu.”
LATAR BELAKANG:
Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan kesamaan untuk cabaran dan misteri di dalam Dunia Sihir dengan permainan teka-teki 3 perlawanan yang pertama untuk peranti mudah alih. Dengan menggabungkan permainan teka-teki 3 perlawanan yang berinovatif dengan magik, pemain akan bertemu dengan detik-detik yang paling ikonik dan wajah-wajah yang tidak dapat dilupakan daripada filem-filem Harry Potter yang asal ketika mereka menggunakan posyen, jampi serapah, dan keupayaan dan objek magik yang lain untuk bergerak ke hadapan melalui tahap-tahap yang penuh khayalan.
ASET SOKONGAN:
Treler dan aset visual tambahan tersedia di: http://bit.ly/2PFJdmA
Maklumat mengenai Zynga
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau di blog Zynga.
Maklumat mengenai Warner Bros. Interactive Entertainment:
Warner Bros. Interactive Entertainment, satu bahagian dari Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pemberi lesen dan pengedar ulung di seluruh dunia bagi kandungan hiburan utama untuk ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk konsol, genggam, mudah alih dan berasaskan permainan komputer untuk kedua-dua tajuk permainan dalaman dan permainan pihak ketiga.
Maklumat mengenai Portkey Games:
Portkey Games, dari Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang dikhususkan untuk mewujudkan pengalaman Dunia Sihir mudah alih dan permainan video yang baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling. Portkey Games menawarkan kepada pemain dengan peluang untuk membuat pilihan naratif mereka sendiri dan terlibat dengan tetapan Dunia Sihir untuk mencipta pengalaman baharu dan unik. Label itu dicipta untuk membawa pemain dan peminat dengan pengalaman permainan baharu yang membolehkan mereka untuk menyelidiki ke dalam keajaiban Dunia Sihir dalam cara yang mendalam di mana mereka dapat menentukan kisah Dunia Sihir mereka sendiri.
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang berkaitan, antara lain, dengan nama, rangka masa pengeluaran, dan butiran permainan bagi permainan Harry Potter yang akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “terunjur,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini dijelas atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau laman web SEC di www.sec.gov.
WIZARDING WORLD, HARRY POTTER Publishing Rights © J.K. Rowling. HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, PORTKEY GAMES, WIZARDING WORLD dan watak-watak, nama dan tanda yang berkaitan © dan ™ Warner Bros. Entertainment Inc. ™ Zynga Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.
LOGO WBIE, WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s20)
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200515005052/en/
Hubungi
Zynga (Amerika Syarikat)
Dana Whitney | dwhitney@zynga.com
Sumber : Zynga
No comments:
Post a Comment