“CTBC mengadakan pameran bertemakan “Tempat Tinggal Jauh Dari Rumah—Memulakan Pengembaraan dengan Lonjakan untuk Menghayati Perbezaan Budaya!” dan mengatur tiga ceramah utama dan pasaran gaya Asia Tenggara, yang menarik minat lebih daripada 2,000 individu menyertai acara itu. (Foto ihsan daripada CTBC)”
TAIPEI, Taiwan, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CTBC Bank Co., Ltd., mengadakan pameran bertajuk “Tempat Tinggal Jauh Dari Rumah-Memulakan pengembaraan dengan Lonjakan untuk Menghayati Perbezaan Budaya!” di Taman Budaya dan Kreatif Songshan pada 25 November bertujuan menggalakkan ahli profesional Taiwan mengejar impian mereka untuk menceburi kerjaya di luar negara. Setelah menarik minat kira-kira 2,000 pengunjung, acara ini mengundang penceramah untuk berkongsi pemerhatian mereka tentang budaya Asia Tenggara, serta ceramah mengenai perkahwinan antara budaya dan kisah ekspatriat Taiwan.
Pameran itu merangkumi tiga acara utama: pasar kebudayaan dan kreatif Asia Tenggara, ceramah kebudayaan dan konsert. Ceramah menumpukan kepada topik budaya Thai, kisah perkahwinan antara budaya dan nasihat untuk ahli profesional yang ingin pergi ke luar negara, menawarkan pandangan tentang cara budaya yang berbeza berinteraksi dan berintegrasi.
Dalam satu daripada ceramah itu, Peter Wei, Ketua Kumpulan Sumber Manusia Bank CTBC, memperkenalkan Program Pengurus Perhubungan Antarabangsa (IRM) CTBC. Beliau menggalakkan golongan profesional muda supaya keluar dari zon selesa mereka untuk meneroka peluang kerjaya mereka di luar negara.
Sementara itu, Lin Yi-fang, Ketua Bahagian Operasi Pakaian Industri SHEICO Group, menjelaskan cara syarikat itu telah berjaya membina pasukan terbaik melalui program latihan antarabangsa. Dengan memperkasa pekerja syarikat untuk memperoleh pengalaman bekerja di luar negara, syarikat itu telah meningkat menjadi satu daripada pengeluar pakaian selam terbesar di dunia.
Untuk memperkenalkan budaya Asia Tenggara kepada pengunjung, CTBC menjemput Pihak Berkuasa Pelancongan Taipei Thailand, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Manila, Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Indonesia ke Taipei dan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Vietnam di Taipei untuk mempamerkan eksport budaya masing-masing dalam pameran itu, termasuk pakaian tradisional Vietnam, kopi dan teh pic, bersama dengan makanan ringan Indonesia, iaitu Tempe.
CTBC juga membuat filem promosi jenama dengan tajuk “Tempat Tinggal Jauh Dari Rumah,” menggambarkan keberanian dan kerja keras rakan sekerja ekspatriat kami di Thailand. Filem ini menceritakan kisah cara rakan sekerja Taiwan kami mengatasi halangan budaya dengan rakan sekerja Thai dan membentuk ikatan kekeluargaan. Boleh didapati dalam talian sekarang, sila kunjungi halaman Facebook – Home Run Taiwan Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=819KF9USoBA untuk menonton filem tersebut.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53863981/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Jabatan Perhubungan Awam│CTBC Bank Co., Ltd.
Nama: Pamela Chen
E-mel: pamela.chen@ctbcbank.com
Telefon: +886-2-3327-7777 Sambungan 6724
Sumber: CTBC Holding
No comments:
Post a Comment