KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Acara larian keluarga bertemakan watak animasi popular Malaysia iaitu Upin & Ipin kembali lagi pada tahun ini. Upin & Ipin Family Fun Run 2023 akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 16 Disember 2023 di MITC, Melaka bersempena dengan Karnival Upin & Ipin 2023 yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Disember 2023 di MITC, Melaka. Acara larian bersama keluarga sejauh 5KM ini merupakan acara larian yang dinanti-nantikan buat peminat setia Upin & Ipin setiap kali ianya dianjurkan. Kali terakhir Upin & Ipin Fun Run diadakan di Melaka adalah pada tahun 2019 dan penganjuran kali ini pasti akan mengubati kerinduan.
Tawaran yuran pendaftaran awal serendah RM35 sahaja bagi Upin & Ipin Family Fun Run 2023 telahpun dibuka di laman web https://www.jomrun.com/event/Upin-&-Ipin-Family-FunRun-2023 dan aplikasi JomRun. Peserta larian juga boleh mendapatkan cenderamata Upin & Ipin pada harga istimewa ketika membuat pendaftaran. Antaranya adalah botol minuman Upin & Ipin, mainan patung Upin & Ipin dan aksesori rambut Upin yang ditawarkan dengan potongan harga mencecah sehingga 40%. Selain itu, peserta larian juga sudah boleh mendapatkan awal tiket ke Karnival Upin & Ipin 2023 di MITC, Melaka dengan setiap pendaftaran acara Upin & Ipin Family Fun Run 2023 .
SUMBER: Les Copaque Productions Sdn. Bhd.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17524

No comments:
Post a Comment