Monday

"MAGIC SEEDS" MENCERITAKAN SEBUAH KISAH MENGENAI BERAS HIBRID CHINA DALAM SATU CARA BAHARU

 

Kapsyen: Magic Seeds 


BEIJING, 30 Okt., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 18 Oktober 2023, Magic Seeds, sebuah filem animasi pendek China-Inggeris telah dikeluarkan bersama oleh China Story Database dan CPC WORKS, dan tidak lama selepas itu menarik perhatian yang meluas di peringkat global.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 bagi Inisiatif Belt and Road (BRI). Filem itu yang berdurasi 3.52 minit memaparkan sebuah kisah tentang sebiji beras yang memulakan satu perjalanan untuk mencari wira benih dan bertemu benih padi hibrid di dalam kerjasama negara-negara BRI yang mengambil bahagian.

Ia mendedahkan satu fakta bahawa BRI menyediakan sebuah platform untuk mempromosikan kerjasama pertanian di peringkat global, dan menjelaskan bahawa inisiatif itu dicadangkan oleh China tetapi dimiliki oleh seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17592

No comments:

Post a Comment