Monday

PESTA GANGNAM 2023 AKAN DIADAKAN DI GANGNAM, NADI K-POP


Table

Pesta Gangnam 2023 akan diadakan dari 5 hingga 9 Oktober, dengan pelbagai program yang menampilkan pemuzik terkemuka Korea. (Hak Cipta 2023 © Pesta Gangnam)


Pesta K-pop secara besar-besaran untuk memukau peminat di seluruh dunia selama 5 hari mulai 5 Oktober


SEOUL, Korea Selatan, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pesta Gangnam 2023 akan diadakan dari 5 hingga 9 Oktober 2023, di kawasan nadi K-pop Seoul, iaitu Gangnam yang telah mendapat perhatian warga global di seluruh dunia terima kasih kepada penyanyi PSY dengan lagu ‘Gangnam Style.’

Pesta Gangnam 2023 akan dimulakan dengan ‘Pesta Pembukaan,’ persembahan yang kompleks dalam format muzik. Pelbagai program dirancang, termasuk ‘Pesta Fesyen Gangnam S/S 2024 (2024 S/S Gangnam Fashion Fiesta)’ yang diadakan di COEX Starfield Library, destinasi pelancongan popular di Gangnam, ‘Konsert Hijau Taman Maru (Maru Park Green Concert),’ himpunan pelbagai genre muzik seperti balada , rock and trot, ‘Perjalanan Gourmet dan Pentas K-Budaya (Gourmet Trip and K-Culture Stage),’ tempat pengunjung boleh mencuba pelbagai hidangan dan menikmati persembahan dan ‘Maraton Keamanan Antarabangsa (International Peace Marathon), acara yang para peserta akan berlari bertentangan dengan pemandangan panorama Sungai Han, setiap acara mempunyai daya tarikan tersendiri.

Pesta Gangnam, pesta budaya dan seni yang meraikan ulang tahun yang ke-12 pada tahun ini, terkenal dengan konsert K-pop berskala besar diadakan di atas pentas istimewa yang dicipta dengan mengawal selia lalu lintas di Yeongdong-daero. Bersama barisan artis yang lebih mantap, konsert pada tahun ini dijangka dapat menggembirakan peminat K-pop di dalam dan di luar negara.

Pada hari persembahan, iaitu 8 Oktober, konsert yang menampilkan pemuzik terkenal Korea, seperti aespa, ATEEZ, BOYNEXTDOOR, fromis_9, NCT DREAM, STAYC dan ZICO, akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube global ‘KBS World.’

Cho Sung Myung, Datuk Bandar Gangnam-gu, berkata, “Pesta Gangnam pada tahun ini akan menampilkan program yang lebih bermakna, memastikan semua orang yang mengunjungi Gangnam dapat merasai sambutan musim luruh yang sepenuhnya. Sebagai program yang membolehkan orang ramai merasai bukan sahaja persembahan K-pop tetapi juga K-budaya dalam pelbagai cara, pesta ini menyasarkan untuk menjadi pesta kebudayaan yang terkenal bagi Gelombang Korea (Korean Wave) di Seoul.”

Maklumat lanjut tentang program pesta, tempahan tiket dan sebagainya boleh didapati di laman web rasmi Pesta Gangnam 2023.

Kunjungi Gangnam di Instagram: https://www.instagram.com/visitgangnam.eng/

Kunjungi Gangnam di YouTube: 
https://www.youtube.com/channel/UCKvRcPOM8cMz9Bi-zksiFjQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53558701/en

Individu untuk Dihubungi

Daerah Gangnam-gu
Min Seon Kim
gabriela@gangnam.go.kr
 
Sumber: Pesta Gangnam

No comments:

Post a Comment