Monday

PESTA CERITA DAN PERMAINAN RAKYAT UNTUK KANAK-KANAK TAHUN 2023 YILAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN SEMUA INDIVIDU DENGAN KEMUDAHAN INOVASI DAN KETERUJAAN!

Majistret Daerah Yilan, Puan Lin Tzu-Miao bersama pelajar Sekolah Rendah Lize di Yilan, merupakan antara yang pertama merasai kemudahan "Air semesta (Waterverse)" semasa YICFFF Tahun 2023 (Foto: Business Wire)

YILAN, Taiwan, 4 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pesta Cerita dan Permainan Rakyat untuk Kanak-kanak Tahun 2023 Yilan akan berlangsung dari 1 Julai hingga 13 Ogos di Taman Sungai Dong-Shan di Daerah Yilan, Taiwan. Bersama tema "Permainan dalam Metasemesta (Gaming in the Metaverse)" berinovatif pada tahun ini, bermacam-macam kemudahan permainan air dalam "Air semesta (Waterverse)" dibina untuk menghiburkan kanak-kanak dan orang dewasa. Apatah lagi, pengunjung juga boleh merasai kemudahan beraltitud tinggi yang menarik di Menara Langit Berbintang (Starry Sky Tower) yang ikonik. Seronok bukan? Sememangnya, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan kunjungan secara fizikal ke Pesta tersebut supaya anda sendiri boleh melihat suasana pesta itu!

Mercu tanda yang paling mempesonakan pada Pesta tahun ini sudah pasti "Ibu Pejabat Antara Bintang (Interstellar Headquarters)" yang terletak di bahagian tengah kolam. Berbentuk seperti menara roket raksasa, kemudahan menakutkan ini mempunyai lebar 45 meter dan tinggi 12 meter, merentangi tiga kolam utama. Semasa anda memasuki kapal angkasa, anda boleh melihat pemandangan seluruh Taman Dong-Shan dari atas dan merasai keseronokan bermain ski air berkelajuan tinggi sebagai angkasawan di dalam roket. Di hadapan menara roket, terdapat juga "Arena Air (Water Arena)", iaitu tempat tiang air muncul dengan mengikuti aliran muzik. Semua kemudahan ini membantu mewujudkan ruang yang menarik namun selesa dan selamat untuk semua pengunjung menikmati musim panas yang meriah. Di Menara Langit Berbintang (Starry Sky Tower) bersebelahan dengan kolam, pengunjung boleh menikmati keseronokan dengan "Pengembaraan Jatuh Dari Langit (Skydrop Adventure)" setinggi 270 meter meluncur tinggi di atas kolam, cuba rasakan "Gelongsor Langit Melambung Tinggi (Soaring Skyslide)" setinggi 14 meter yang mendebarkan iaitu turun ke darat dengan pantas, atau mencabar "Ayunan Buaian Melayang ke Langit (Skybound Swingtopia)" setinggi 4 tingkat dan banyak lagi kemudahan beraltitud tinggi yang menakjubkan.

PESTA CERITA DAN PERMAINAN RAKYAT UNTUK KANAK-KANAK TAHUN 2023 YILAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN SEMUA INDIVIDU DENGAN KEMUDAHAN INOVASI DAN KETERUJAAN!

No comments:

Post a Comment