Thursday

MIR4 MENGEMAS KINI 'PERTEMBUNGAN SABUK (SABUK CLASH)' UNTUK MENENTUKAN KLAN PALING BERKUASA

 

MIR4 Mengemas Kini ‘Pertembungan Sabuk (Sabuk Clash),’ kandungan Pengepungan Istana (Castle Siege) mengikut gaya pertandingan bagi menentukan Klan Maharaja, pada 21 Mac (Grafik: Wemade)


- Pertembungan Sabuk (Sabuk Clash), kandungan Pengepungan Istana (Castle Siege) mengikut gaya pertandingan antara klan Raja semua pelayan
- Diberi kuasa menguruskan wilayah Istana Sabuk (Sabuk Castles), melaraskan cukai dan banyak lagi apabila menjadi klan Maharaja
- Acara daftar masuk yang menawarkan pelbagai item diadakan untuk meraikan kemas kini kandungan baharu


SEOUL, Korea Selatan, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MMORPG MIR4 blokbuster Wemade mengemas kini Pertembungan Sabuk (Sabuk Clash), klan lwn. klan Pengepungan Istana (Castle Siege), pada 21 Mac.

“Pertembungan Sabuk (Sabuk Clash)” ialah kandungan Pengepungan Istana (Castle Siege) mengikut gaya pertandingan apabila klan Raja dari semua pelayan di setiap rantau berkumpul di Pelayan Penguasaan (Domination Server) dan bertarung untuk menjadi klan Maharaja. Hanya klan Raja Istana Bicheon (Bicheon Castle King) boleh menyertai. Kemudian, klan yang menang menjadi klan Maharaja dan mereka boleh memungut cukai daripada Raja semua pelayan di setiap rantau, melaraskan kadar cukai individu bagi setiap pelayan dan diberi kuasa menguruskan wilayah Istana Sabuk (Sabuk Castle).

Pusingan pertama bermula pada 26 Mac jam 10 malam dan pusingan baharu akan diadakan pada setiap minggu untuk sebanyak 3 pusingan sepanjang tempoh 3 minggu. Dalam pusingan pertama, sejumlah 16 klan bertarung untuk menawan satu daripada 8 Monolit yang diletakkan di dalam 8 kawasan, manakala 8 klan yang menang mara ke pusingan seterusnya. Dalam pusingan kedua, 4 daripada 8 klan mara ke pusingan seterusnya. Manakala daripada 4 klan dalam pusingan akhir, satu klan yang berjaya menawan Monolit bakal menjadi klan Maharaja.

Klan yang menang menerima 50,000 tembaga klan sebagai ganjaran. Ketua klan yang menang akan menjadi Maharaja dan menerima kuasa melantik individu memegang jawatan, melaraskan kadar cukai, memberikan hadiah dan banyak lagi. Maharaja juga menerima kuda tunggangan eksklusif Maharaja, Kuda Perang Sabuk (Sabuk Destrier).


No comments:

Post a Comment