Friday

AMERICAN EXPRESS MENDEDAHKAN TREND PERJALANAN TERTINGGI 2023

 


  • Laporan Trend Perjalanan Global 2023 American Express Travel1 menunjukkan pelancong, terutamanya golongan Gen Z dan Milenium2, merancang membelanjakan lebih banyak untuk perjalanan pada tahun 2023 berbanding 2022.
  • Pelancong diinspirasikan oleh rancangan dan filem kegemaran mereka, memilih destinasi impian mereka yang seterusnya berdasarkan makanan yang mereka akan cuba dan didorong oleh keinginan untuk kesejahteraan dan sokongan yang lebih baik bagi komuniti setempat.
NEW YORK, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- American Express Travel® mengeluarkan Laporan Trend Perjalanan Global 2023 pada hari ini, mengetengahkan empat trend global yang memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk melancong pada tahun ini:

• Peningkatan Bilangan “Terbang ke Set Penggambaran”: Filem, rancangan TV dan media sosial popular memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk melancong ke tempat yang mereka lihat di skrin, seperti Itali, Paris, Yellowstone dan London
• Destinasi Tempat Makan yang Sedap: Dari restoran paling popular ke tempat makan kegemaran tempatan dan kemudian ke kelas memasak, orang ramai memilih destinasi seterusnya berdasarkan makanan yang mereka akan cuba
• Gelombang Penjagaan Kesihatan: Percutian pemulihan semakin meningkat apabila pelancong mengutamakan penjagaan diri serta kesihatan mental dan fizikal
• Mengembara ke Laluan Terpencil: Pelancong ingin meneroka tempat menarik yang tersembunyi dan membantu komuniti setempat apabila mereka berkunjung

Laporan tersebut, berdasarkan data tinjauan daripada pelancong dari Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Mexico, Jepun, India dan United Kingdom, mendapati bahawa lebih daripada separuh (52%) responden mendedahkan yang mereka merancang untuk melakukan lebih banyak perjalanan pada tahun ini berbanding tahun lalu, manakala 50% responden merancang membelanjakan lebih banyak wang untuk perjalanan pada tahun 2023 berbanding 2022. 84% golongan Gen Z dan Milenium yang ditinjau lebih suka mengambil percutian impian daripada membeli barang baharu yang mewah dan 79% bersetuju bahawa melancong ialah keutamaan belanjawan yang penting.

“Percutian adalah berharga dan pelancong mengutamakan jadual perjalanan yang diperibadikan berdasarkan minat mereka, daripada merancang keseluruhan percutian untuk tempahan makan malam tunggal kepada mendapatkan video untuk TikTok yang memenuhi citarasa mereka,” kata Audrey Hendley, Presiden American Express Travel. “Walau apa pun inspirasinya, Perunding Perjalanan American Express mempunyai kepakaran untuk membantu setiap jenis pelancong merancang semua jenis perjalanan.”

Cerapan tertinggi dalam Laporan Trend Perjalanan Global 2023 American Express Travel termasuk:

• Budaya pop dan media sosial mempengaruhi peningkatan bilangan “terbang ke set penggambaran”, terutamanya dalam kalangan pelancong yang lebih muda.
o 75% responden bersetuju bahawa mereka telah diinspirasikan untuk melancong ke destinasi khusus oleh media sosial
o 70% golongan Gen Z dan Milenium yang ditinjau bersetuju bahawa mereka telah diinspirasikan untuk mengunjungi sesuatu destinasi selepas ditayangkan dalam rancangan TV, sumber berita, atau filem
o 46% golongan Gen Z dan Milenium yang ditinjau mengatakan bahawa mereka telah diinspirasikan untuk melancong ke sesuatu destinasi kerana Instagram

• Dari restoran paling popular ke tempat makan kegemaran tempatan dan kemudian mengambil kelas memasak, makanan mempunyai impak yang amat besar ke atas tempat yang dipilih oleh orang ramai untuk melancong.
o 81% responden bersetuju bahawa mencuba makanan dan masakan tempatan ialah bahagian perjalanan yang paling mereka nantikan
o 66% golongan Gen Z dan Milenium yang ditinjau bersetuju bahawa mereka mendapat sebahagian besar inspirasi makan sambil melancong daripada media sosial
o Hampir separuh (47%) daripada golongan Gen Z dan Milenium yang ditinjau bersetuju bahawa mereka telah merancang keseluruhan perjalanan untuk mengunjungi restoran tertentu

• Mengutamakan penjagaan diri mendorong kepada peningkatan dalam percutian pemulihan.
o 73% responden merancang percutian untuk meningkatkan kesihatan mental, fizikal dan emosi mereka pada tahun ini
o 60% golongan Gen Z dan Milenium yang ditinjau mengatakan bahawa mereka berusaha dengan bersungguh untuk menempah hotel yang menawarkan perkhidmatan spa dan kesihatan

• Pelancong ingin meneroka tempat menarik yang tersembunyi dan membantu komuniti setempat yang dikunjungi mereka.
o 85% responden mahu mengunjungi tempat yang mereka benar-benar boleh merasai budaya tempatan
o 78% responden berminat pergi bercuti yang menyokong komuniti setempat pada tahun 2023

Memandangkan permintaan untuk perjalanan terus meningkat hingga tahun 2023, American Express Travel menyediakan Ahli Kad yang layak dengan akses perjalanan yang luar biasa, termasuk 1,400+ ruang menunggu lapangan terbang melalui Global Lounge Collection; 7,000+ Perunding Perjalanan; tempahan restoran melalui Resy dan memilih panduan tempat makan di Resy.com/Travel; manfaat di 2,000+ hotel pilihan di seluruh dunia melalui Fine Hotels + Resorts® dan The Hotel Collection; dan banyak lagi.

Laporan Trend Perjalanan Global 2023 American Express Travel yang lengkap boleh dilihat di sini.

MAKLUMAT TENTANG AMERICAN EXPRESS

American Express ialah syarikat pembayaran berintegrasi secara global, memberikan pelanggan dengan akses kepada produk, cerapan dan pengalaman yang memperkaya kehidupan dan membina kejayaan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di americanexpress.com dan berhubung dengan kami di facebook.com/americanexpressinstagram.com/americanexpress
linkedin.com/company/american-expresstwitter.com/americanexpress dan youtube.com/americanexpress.

Pautan utama kepada maklumat produk, perkhidmatan dan tanggungjawab korporat: kad peribadikad perniagaan dan perkhidmatanperkhidmatan perjalanankad hadiahkad prabayarperkhidmatan saudagarAccertifyKabbageResykad korporatperjalanan perniagaankepelbagaian dan keterangkumantanggungjawab korporat dan laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

Metodologi:

1Laporan Trend Perjalanan Global 2023 American Express Travel adalah berdasarkan data yang diperoleh melalui pungutan suara dalam talian yang dikendalikan oleh Morning Consult antara 3 – 11 Februari 2023, sampel 1,000 pelancong dari Australia, Kanada, India, Jepun, Mexico, UK dan 2,000 pelancong di Amerika Syarikat yang mempunyai pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya setara $70k dan yang kebiasaannya melakukan perjalanan melalui udara sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Keputusan daripada tinjauan setiap pasaran mempunyai margin ralat lebih atau kurang daripada 3 mata peratusan.

2Golongan Gen Z dan Milenium ditakrifkan sebagai responden yang dilahirkan antara tahun 1981 - 2012.

Penjual Perjalanan

American Express Travel Related Services Company, Inc. bertindak sepenuhnya sebagai ejen jualan untuk penyedia perkhidmatan perjalanan dan tidak bertanggungjawab ke atas tindakan atau ketiadaan tindakan penyedia perkhidmatan tersebut. Sesetengah penyedia perkhidmatan membayar kami komisen dan insentif lain kerana berjaya mencapai sasaran jualan atau matlamat lain, serta mungkin memberikan insentif kepada Perunding Perjalanan kami. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi twww.americanexpress.com/travelterms.

California CST#1022318; Washington UBI#600-469-694

Sumber: American Express Company

Lokasi: New York

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53366199/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

AMERICAN EXPRESS
Emily Vicker
Emily.Vicker@aexp.com
 
Sumber: American Express

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16948

No comments:

Post a Comment