Jepun Terpilih Antara Syarikat Penerbangan Mega dan Lapangan Terbang Mega Terbaik di Dunia; All Nippon Airways dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo Berada Pada Kedudukan #1
LONDON, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, platform data terkemuka dunia bagi industri perjalanan global, telah mendedahkan bahawa syarikat penerbangan dan lapangan terbang paling menepati masa di dunia sebagai sebahagian daripada Liga Ketepatan Masa 2023.
Antara 20 Syarikat Penerbangan Mega Terbaik di dunia, Jepun menduduki tempat teratas dengan All Nippon Airways berada pada kedudukan #1 dengan prestasi menepati masa (OTP) 88.79%, diikuti oleh Japan Airlines (#2; OTP 88.07%). LATAM Airlines (OTP 85.03%) berada pada kedudukan #3 dan Azul Airlines (OTP 84.87%) berada pada kedudukan #4 antara syarikat penerbangan LATAM. Lima syarikat penerbangan Amerika Syarikat melengkapkan 10 Kedudukan Teratas dengan Delta Air Lines (OTP 81.79%) berada pada kedudukan #6.
Lima syarikat penerbangan Eropah terpilih antara 20 Syarikat Penerbangan Mega Terbaik, termasuk KLM Royal Dutch Airlines yang menduduki tempat teratas iaitu pada kedudukan #11 (OTP 73.06%).
Antara 20 syarikat penerbangan tambang murah (LCC) Terbaik di dunia, Eurowings Jerman (OTP 95.26%) berada pada kedudukan #1, diikuti oleh Thai AirAsia (#2; OTP 92.33%) dan Jeju Air (#3; OTP 91.84%). Viva Air Colombia (OTP 81.63%) berada pada kedudukan #7 antara syarikat penerbangan LATAM dan Southwest Airlines (OTP 71.61%) berada pada kedudukan #14 antara syarikat penerbangan Amerika Syarikat.
Antara 20 Lapangan Terbang Mega Terbaik di dunia, Haneda Tokyo berada pada kedudukan #1 dengan OTP 88.06%. Di Amerika Utara, Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta Hartsfield-Jackson (OTP 80.08%) berada pada kedudukan #2 dan Lapangan Antarabangsa Mexico City (OTP 72.73%) berada pada kedudukan #12. OTP di lapangan terbang terbesar di Eropah terjejas pada tahun ini disebabkan oleh isu penyumberan operasi yang dialami sepanjang musim panas.
“Prestasi menepati masa global mencapai tahap yang dilihat kali terakhir sebelum berlaku penularan wabak kerana syarikat penerbangan berusaha mengurangkan tekanan dan kelewatan operasi,” kata John Grant, ketua penganalisis di OAG. “Keyakinan dalam pemulihan perjalanan semakin meningkat dengan syarikat penerbangan membuat tempahan pesawat baharu, laluan baharu diumumkan dan cabaran buruh kelihatan semakin reda.”
Muat turun laporan penuh untuk mendapatkan lebih banyak cerapan dan butiran kriteria daripada Liga Ketepatan Masa 2023 OAG.
Maklumat Tentang OAG
OAG platform data terkemuka bagi industri perjalanan global, memperkasa pertumbuhan dan inovasi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929. Beribu pejabat di UK, OAG mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, China dan Lithuania. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.oag.com dan ikuti kami dalam Twitter @OAG Aviation.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk dihubungi
Chrissy Azevedo, Corporate Ink untuk OAG
pressoffice@oag.com
Sumber: OAG

No comments:
Post a Comment