Selebriti Internet dengan Jutaan Pengikut Menjemput Pengembara ke “Jom Terokai Taipei”
TAIPEI, Taiwan, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Penerangan dan Pelancongan (DOIT) telah beroperasi secara aktif di Singapura/Malaysia dan pasaran Asia Tenggara yang lebih besar. Dengan mengatasi pelbagai halangan pada tahun ini, Taipei sedang aktif berkempen di Kuala Lumpur, Malaysia, dengan menyertai pameran pelancongan PAMERAN MATTA yang diadakan pada 2 hingga 4 September, dengan mempamerkan keindahan Taipei untuk dinikmati oleh seluruh dunia.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220902005084/en/
Taipei menduduki tempat kedua di dalam Indeks Pelancongan Muslim Global 2021. Ia bukan sahaja menempatkan lebih daripada 70 tarikan yang mesra orang Islam – ia juga menawarkan banyak restoran dan masjid yang disahkan mesra orang Islam. Pada kesempatan ini, pelakon Muslim terkenal dan selebriti Internet Yana Samsudin, yang diikuti oleh satu juta orang peminat, telah dijemput ke pameran itu, untuk berkongsi pengalaman perjalanan beliau ke Taipei sambil mengetuai setiap orang untuk membongkar tarikan dan keseronokan yang terdapat di Pavilion Taipei.
Dengan memberi respons kepada trend baharu selepas pandemik di dalam pilihan pengembara, kami merancang 5 cara baharu untuk datang dan bermain di Taipei dengan penuh ketenangan fikiran. Ini adalah: “Keseronokan Alam Semula Jadi Ketenangan Fikiran / Kreativiti Kebudayaan Ketenangan Fikiran / Sambutan Festival Ketenangan Fikiran / Bekerja Jauh Dari Rumah Ketenangan Fikiran / Makanan Sedap Ketenangan Fikiran.” Taipei ialah satu daripada beberapa bandar raya ekologi di dunia yang menampilkan landskap semula jadi; jika mencari pemahaman yang mendalam tentang budaya Taipei, terdapat banyak enklaf kreatif-kebudayaan untuk dialami; jika menginginkan bunga api dan sebuah parti romantik Hari Valentine atau Malam Tahun Baru, Taipei mempunyai satu barisan perayaan unik yang merangkumi empat musim.
Pada pameran tahun ini Festival Tanglung Taiwan sedang dipromosikan secara khas, yang kembali ke tempat kelahirannya, Taipei, selepas ketiadaan selama 23 tahun. Aktiviti Krismas dan Tahun Baru tahun ini akan menjadi acara permulaan untuk Tahun Baru Lunar dan Pesta Tanglung. Festival Tanglung Taiwan 2023 akan dipersembahkan kepada seluruh dunia dengan pesona Taipei yang cerah dan penuh berwarna-warni pada waktu malam.
Dari bandar ke alam semula jadi, dari waktu siang sehingga kepada malam hari, daripada landskap yang menyeronokkan kepada makanan yang lazat. Kesemuanya dipenuhi dengan penemuan baharu yang tidak dijangkakan. Sama ada seorang pengembara Malaysia yang berfikir untuk melawat Taipei buat kali pertama, atau merancang melakukan lawatan ulangan, daya tarikan bandar raya “Taipei yang Belum Ditemui” adalah terjamin.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220902005084/en/
Hubungi
Jabatan Penerangan dan Pelancongan, Kerajaan Bandar raya Taipei
Sung Cheng-en, Pegawai
Tel:+886-2-27208889 sambungan 3370
Sumber : Jabatan Penerangan dan Pelancongan, Kerajaan Bandar raya Taipei
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16272

No comments:
Post a Comment