Friday

GLAMHIVE KEMBALI DENGAN SIDANG KEMUNCAK GAYA & KECANTIKAN LANGSUNG ANTARABANGSA YANG PERTAMA DI BULGARI HOTEL LONDON YANG PENUH GLAMOR




Dipersembahkan oleh Mary Kay Global Design Studio, industri kecantikan dan gaya bercakap mengenai keusahawanan, fesyen Metaverse, dan banyak lagi

LOS ANGELES & SEATTLE, 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Apa yang bermula sebagai satu cara untuk komuniti gaya berkumpul semasa pandemik itu telah berkembang menjadi satu daripada perhimpunan terbesar bagi pempengaruh, pakar kecantikan dan ikon fesyen di seluruh dunia. Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio akan melancarkan sidang kemuncak ini sebagai satu pengalaman fizikal/digital hibrid dengan tetamu hadir secara bersemuka dan secara maya, kesemuanya dari Hotel Bulgari yang sangat bergaya di London pada 23 April. 100% daripada jualan tiket akan didermakan kepada Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa untuk usaha mereka dalam menyokong krisis Ukraine itu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220420005939/en/

Ini akan menjadi sidang kemuncak kelapan Glamhive yang menampilkan enam panel dengan lebih 20 penceramah. Acara yang dipenuhi dengan bintang-bintang terkenal itu akan dihoskan bersama oleh Stephanie Sprangers (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Glamhive) dan Nicole Chavez (Penggaya Selebriti kepada Kristen Bell dan Jessica Simpson). Pelbagai topik yang popular pada masa ini akan diliputi oleh barisan penceramah bertaraf bintang itu termasuk penggaya yang semakin meningkat di dalam industri itu, pakar futuris fesyen, usahawan kecantikan dan fesyen, serta pempengaruh TikTok yang terkenal di dunia.

TOPIK:

  • Perspektif London
  • Tidak Dapat Dihentikan: Wanita Yang Melancarkan
  • Minum Teh Dengan Dena Giannini dari British Vogue
  • Menjenamakan Diri Sendiri: Kembangkan Jenama Peribadi Anda
  • Di Sebalik Lipatan—Orang Di Sebalik Permaidani Merah Kegemaran Anda
  • Masa Depan Fesyen
TUMPUAN UTAMA PENCERAMAH:

Penceramah kami adalah penggaya selebriti, artis solekan dan pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk:

Penggaya Selebriti: Nicole Chavez, Zadrian Smith, & Holly White
 
Kecantikan Selebriti: Christian Wood & Tania Grier
 
Editor: Dena Giannini, British Vogue & Brian Underwood, Oprah Daily
 
Futuris Fesyen & Peramal Trend: Geraldine Wharry

Pempengaruh Fesyen TikTok: Benji Park, Ambika Dhir
 
Tiket ke persidangan itu ialah ₤149 GBP untuk tiket bersemuka sepanjang hari dan ₤45 GBP untuk sebuah tiket maya. Pembentangan penaja untuk Sidang Kemuncak Gaya Musim Bunga & Kecantikan LANGSUNG Glamhive itu ialah Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio dan Bulgari Hotel London.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/live

Maklumat mengenai Glamhive: Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan penggayaan peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak seharusnya eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal.
 
Pengalaman penggayaan di dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya yang akan memberikan mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Bagi penggaya, ini adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian dan perniagaan mereka, boleh dikatakan hampir 100%.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita di dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220420005939/en/

Hubungi

Stephanie Sprangers
Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
stephanie@glamhive.com
+1.206.851.0446

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15794

No comments:

Post a Comment