Friday

GRAVITY AKAN MELANCARKAN CBT GLOBAL YANG SECARA TENTATIF DINAMAKAN MMORPG 3D 'RAGNAROK: PROJECT S' PADA 22 JUN

 



Gravity Co., Ltd. (NASDAQ: GRVY) akan memulakan ujian beta tertutup (CBT) bagi 'Ragnarok: Project S' (judul tentatif), MMORPG 3D mereka yang sedang dibangunkan, pada 22 Jun, 2021. Sebagai sebuah MMORPG 3D mudah alih dengan berlatar belakangkan dunia bagi Ragnarok Online, Ragnarok: Project S adalah susulan daripada ‘Ragnarok: Valkyrie Uprising’ yang telah dibangunkan dan diservis oleh Gravity Neocyon. Gravity akan mengendalikan CBT bagi Ragnarok: Project S selama 7 hari bermula pada 22 Jun melalui laman Facebook rasmi mereka (https://www.facebook.com/ROValkyrieUprising/). CBT itu boleh disertai oleh pengguna di seluruh dunia, tanpa mengira akses wilayah mereka. Pengguna boleh meneroka pencarian cerita kreatif dan menikmati pelbagai kurungan bawah tanah. Satu medan perang baharu, dengan pahlawan dewa raksasa yang membolehkan pengguna untuk bertempur dalam pertempuran berskala besar, akan diaktifkan semasa CBT itu. (Grafik: Business Wire)

- Ragnarok: Project S adalah susulan daripada permainan popular ‘Ragnarok: Valkyrie Uprising’

- CBT akan berlangsung selama 7 hari bermula pada 22 Jun melalui laman Facebook mereka

- Pengguna boleh mengambil bahagian di dalamnya tanpa mengira wilayah akses mereka dan ia termasuk Asia Tenggara, Oceania, Amerika Utara, United Kingdom dan Jerman

- CBT itu akan menyediakan acara-acara dengan pelbagai faedah

SEOUL, Korea Selatan, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gravity Co., Ltd. (NASDAQ: GRVY), sebuah penyedia perkhidmatan permainan global, mengumumkan bahawa ia akan memulakan ujian beta tertutup (CBT) bagi ‘Ragnarok: Project S’ (judul tentatif), MMORPG 3D mereka yang sedang dibangunkan, pada 22 Jun, 2021.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210610005373/en/ 


Sebagai sebuah MMORPG 3D mudah alih dengan berlatar belakangkan dunia bagi Ragnarok Online, Ragnarok: Project S adalah susulan daripada ‘Ragnarok: Valkyrie Uprising’ yang telah dibangunkan dan diservis oleh Gravity Neocyon. Sudah tersedia di pasaran global selama lebih 6 tahun dari Mei 2012 sehingga Januari 2019, ‘Ragnarok: Valkyrie Uprising’ adalah satu daripada tajuk popular bagi Gravity Neocyon yang dimainkan oleh lebih 5 juta pengguna.

Gravity akan mengendalikan CBT bagi Ragnarok: Project S selama 7 hari bermula pada 22 Jun melalui laman Facebook rasmi mereka. CBT itu boleh disertai oleh pengguna di seluruh dunia, tanpa mengira akses wilayah mereka. Rantau seperti Asia Tenggara, Oceania, Amerika Utara, United Kingdom dan Jerman akan kesemuanya dapat mengakses CBT itu. The Ragnarok: Project S CBT akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

Di CBT itu, pengguna boleh meneroka pencarian cerita kreatif, seperti menatal pencarian serta pelbagai pencarian utama dan sub-pencarian, dan menikmati pelbagai kurungan bawah tanah. Selain itu, satu medan perang baharu, dengan pahlawan dewa raksasa yang membolehkan pengguna untuk bertempur dalam pertempuran berskala besar, akan diaktifkan semasa CBT itu.

Bagi pengguna yang mengambil bahagian di dalam CBT bagi Ragnarok: Project S, Gravity akan menyediakan pelbagai acara, termasuk satu kod kupon penghargaan, satu acara hadiah CBT yang memberikan Berlian dan sebuah pakej kostum-sayap-askar upahan, satu acara Facebook di mana pengguna boleh mempamerkan watak comel mereka sendiri dalam kostum, dan satu acara pengarasan Facebook yang hanya membenarkan pengguna yang handal untuk turut serta.

“Kami akan menyediakan kepada pengguna dengan satu pengalaman baharu bagi ‘satu lagi Ragnarok’ melalui Ragnarok: Project S yang kami telah berusaha untuk sekian lama. Kami berharap dapat melihat sejumlah peserta di dalam CBT bagi Ragnarok: Project S,” kata Kwonkuk Moon, Pengurus Projek di Unit Perniagaan Mudah Alih Global, Gravity.

Gravity akan terus berhubungan dengan pengguna dengan mengemas kini kemajuan di dalam pengembangan bagi Ragnarok: Project S di laman Facebook rasmi mereka pada setiap minggu. Pada masa ini, halaman Facebook bagi Project S itu telah melebihi 370,000 pengikut.

[Halaman CBT] https://www.facebook.com/ROValkyrieUprising/
[Laman web rasmi] http://www.gravity.co.kr/kr

Maklumat mengenai Gravity

Ditubuhkan pada April 2000, semasa peringkat awal bagi industri permainan dalam talian Korea, Gravity telah mengetuai zaman kegemilangan bagi permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity adalah satu-satunya syarikat permainan di Korea yang disenaraikan secara langsung di NASDAQ.

Gravity telah melayani permainan bagi pelbagai genre di Korea dan di luar negara atas dasar IP Ragnarok, seperti Ragnarok Online, sebuah PC MMORPG dengan pangkalan pengguna terbesar di dunia, Ragnarok M: Abyss Awakening, sebuah MMORPG mudah alih, Ragnarok: Labyrinth, dan Ragnarok: Poring Merge.

Dengan pelancaran ‘Ragnarok Origin’, sebuah MMORPG mudah alih, pada Julai 2020 di Korea, Gravity telah mencapai kejayaan terlaris dengan pendapatan tinggi di dua pasaran permainan utama. Dan sejurus selepas ia melancarkan ‘Ragnarok X: Next Generation’ pada Oktober 2020 di Taiwan, Hong Kong dan Macau, ia telah menduduki tempat No.1 dari segi pendapatan di dua pasaran utama di Taiwan dan Hong Kong, sambil mencatatkan paling tinggi di dalam pendapatan Google di Macau. Syarikat itu akan membuat satu pelancaran mengejutkan bagi ‘Ragnarok X: Next Generation’ pada 18 Jun, 2021, di Asia Tenggara.

Berdasarkan kepada rangkaian global mereka yang mantap yang diwujudkan melalui kejayaan Ragnarok Online, Gravity juga mempromosikan perniagaan penerbitan global untuk mengembang dan mengedarkan pelbagai platform permainan dan genre serta  permainan dengan menggunakan IP Ragnarok.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210610005373/en/


Hubungi

Gravity Co., Ltd.
Kwonkuk Moon, Unit Perniagaan Mudah Alih Global
+82-2-2132-7355

Sumber : Gravity Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment