Thursday

UNIVERSITI BERPERANAN MELAHIRKAN GOLONGAN INTELEK DAN PEMIKIR

KOTA BHARU, 21 Mei (Bernama) -- Isu pengangguran dalam kalangan graduan sekali lagi menjadi topik perdebatan hangat di media masa mahupun surat khabar. 

Seperti biasa, universiti seringkali dipersalahkan kerana menawarkan kursus-kursus yang tidak relevan dengan tuntutan pasaran semasa.

Isu pengangguran dalam kalangan graduan semakin kronik lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik COVID-19 masih belum reda. Pelbagai pandangan dilontarkan. Antaranya adalah kursus yang ditawarkan tidak relevan dengan pasaran semasa, graduan kurang kemahiran insaniah, graduan memilih pekerjaan dan sebagainya.

Ini seolah-olah graduan dan universiti yang menyebabkan polemik pengangguran ini. Sesungguhnya, pihak industri juga perlu memainkan peranan penting dalam menguruskan isu pengangguran dalam kalangan graduan ini. Sikap menuding jari kepada graduan dan universiti tidak akan menyelesaikan masalah ini.

Sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz, Universiti adalah bertujuan untuk melahirkan pemikir.

Peranan universiti adalah melatih seseorang itu berfikir dan seterusnya melahirkan individu yang intelek, mempunyai kemahiran memimpin dan sebagainya.

Paling tidak, sekurangnya-kurang ianya membantu seseorang itu menjadi seorang pemimpin dalam keluarga masing-masing kalau tidak pemimpin dalam kalangan masyarakat, organisasi dan sesebuah negara. Justeru, antara tujuan utama sebuah universiti adalah untuk melahirkan golongan pemikir yang seharusnya bersikap kritikal terhadap isu yang terkesan terhadap kehidupan mereka dan masyarakat sekeliling.

Namun begitu, terbeban dengan masalah kewangan dan tekanan oleh pelbagai pihak, universiti terpaksa akur dengan persekitaran dan desakan korporat. 

UNIVERSITI BERPERANAN MELAHIRKAN GOLONGAN INTELEK DAN PEMIKIR

No comments:

Post a Comment