Thursday

KENYATAAN MEDIA MANFAATKAN 10 TERAKHIR RAMADAN, RAIH PAHALA BERGANDA

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Memasuki 10 terakhir Ramadan, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru semua umat Islam untuk menyegerakan kewajipan menunaikan zakat bagi meraih ganjaran pahala berganda.

Kita kini masih berada dalam situasi berjuang melawan pandemik Covid-19. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan telah menyebabkan banyak sektor pekerjaan lumpuh sehingga ada syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja dan menutup perniagaan. Situasi ini agar sukar untuk dilalui oleh mereka yang terkesan untuk meneruskan kehidupan dan secara tidak langsung melahirkan ramai asnaf baharu.

Sebagai sebuah institusi zakat, kami amat memandang serius perkara ini dan  ingin menyeru mereka yang masih bernasib baik untuk tampil membantu dan menunaikan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP di samping dapat merebut ganjaran pahala berganda.

Sesuai dengan moto “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa berusaha menyediakan pelbagai kemudahahan perkhidmatan dan saluran bayaran bertepatan dengan keadaan semasa kini. 
 
Perkhidmatan dan Saluran Bayaran Sepanjang Ramadan
 
10 Kaunter PPZ-MAIWP
· Kaunter PPZ-MAIWP masih beroperasi seperti biasa dalam tempoh PKP ini. Kaunter dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum.
· Waktu Operasi : 8:15 pagi - 4:30 petang
· Hari Terakhir Ramadan : 8:15 pagi - 1:00 petang

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
· Pembayar juga boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter. Hanya perlu membuat temujanji dan akan  diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di 1300-88-5757 atau di zakat.com.my/e-kaunter-careline-ppz/home.

Portal Rasmi PPZ-MAIWP
· Zakat Fitrah – fitrah.zakat.com.my
· Zakat Harta – zakat.com.my

Aplikasi MyZakat
· Pembayar boleh kira, semak dan bayar rekod bayaran zakat di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
· Pembayaran zakat lebih mudah dilakukan dengan menggunakan kaedah pembayaran mudah alih. 
· Boleh didapati secara percuma dengan memuat turun di Google Play dengan carian MyZakat.

Ejen Kutipan Zakat
· Perbankan internet (15 bank)
· E-wallet 
· Boost
· Shopee
· GoPayz

KENYATAAN MEDIA MANFAATKAN 10 TERAKHIR RAMADAN, RAIH PAHALA BERGANDA

No comments:

Post a Comment