Mori Building dan Aman Resorts mencapai perkongsian untuk pembangunan utama di tengah-tengah Tokyo
TOKYO, 18 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building Co., Ltd., pemaju landskap bandar terkemuka di Jepun, hari ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Aman, pengendali bagi pelbagai hotel dan resort mewah yang bertaraf dunia, di dalam Projek Pembangunan Semula Bandar Toranomon-Azabudai, satu usaha pembaharuan bandar yang besar yang akan menghidupkan semula sebuah kawasan yang luas di tengah Tokyo apabila siap kelak pada tahun 2023. Dua hasil utama bagi perkongsian itu ialah kediaman berjenama Aman Residences, Tokyo dan hotel mewah Janu Tokyo, jenama seinduk Aman, yang menandakan kemunculan buat pertama kalinya bagi jenama Janu di Jepun.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210217006076/en/
Shingo Tsuji, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mori Building, berkata: “Tokyo harus menambahkan tarikan magnetnya jika ia ingin berjaya di dalam persaingannya dengan kota-kota terbesar di dunia. Mori Building berganding bahu dengan Aman, yang mengendalikan pelbagai pusat peranginan bertaraf dunia, untuk menyediakan sebuah persekitaran kediaman dan hotel terkemuka di dunia tidak seperti yang pernah dilihat di Tokyo, di mana orang ramai akan mencapai keharmonian dengan alam sekitar serta berhubungan dengan dan memberi inspirasi kepada orang lain melalui kreativiti . Dengan merealisasikan bentuk baharu ini bagi ‘kesejahteraan bandar’, Mori Building akan meningkatkan kuasa magnet Tokyo.”
Vladislav Doronin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Aman dan Janu, berkata: “Melancarkan Aman Residences bandar kami yang pertama di Jepun adalah satu kejayaan penting dalam sejarah Aman dan menzahirkan mengenai hubungan rapat dan simbiosis jenama kami dengan negara ini dan budayanya yang sangat istimewa. Bekerja dengan pemaju terkemuka Mori Building, dan menjadi sebahagian daripada projek Toranomon-Azabudai itu, akan membolehkan kami untuk menghidupkan pembangunan kelima Aman di Jepun, kali ini dengan menawarkan satu tempat perlindungan tetap bagi pemilik serta akses eksklusif kepada gaya hidup Aman. Tambahan pula, ia akan menyediakan persekitaran untuk Janu Tokyo. Di pusat budaya dan seni ini, kami mahu menghubungkan tetamu dengan pusat bagi komuniti yang bertenaga ini dan menawarkan satu peluang bagi ekspresi yang kreatif.”
Aman Residences, Tokyo -- pengalaman kediaman bandar yang tiada tolok bandingnya
Aman Residences, Tokyo akan terletak di tingkat 54 hingga 64 di Menara Daerah A setinggi 330 meter, akan menawarkan 91 kediaman berjenama hotel dengan perkhidmatan eksklusif, termasuk Aman Spa yang dikhaskan kepada penghuni sahaja (kira-kira 1,400 m²). Hospitaliti khas Aman — mesra dan merendah hati — akan membolehkan penghuni untuk menikmati gaya hidup yang sangat damai sambil menghadap pemandangan ke arah metropolis Tokyo yang bertenaga. Reka bentuk seni bina Menara itu yang canggih adalah karya hebat Pelli Clarke Pelli Architects (Amerika Syarikat) dan reka bentuk dalaman telah dihasilkan oleh Yabu Pushelberg (Kanada).
Janu Tokyo -- Jenama seinduk Aman memperlihatkan buat pertama kalinya di Jepun
Jenama hotel mewah Aman, Janu akan membuat penampilan sulungnya di Jepun dengan Janu Tokyo di tingkat 1 hingga 13 di Menara Daerah B-2. Hotel itu telah direka oleh Denniston (Malaysia) di bawah kepimpinan Jean-Michel Gathy. Di samping kira-kira 120 bilik mewah, kesemuanya menawarkan pemandangan yang indah daripada sebuah dataran tengah yang dipenuhi dengan kehijauan yang subur, Janu Tokyo akan menawarkan spa terbesar di Jepun (kira-kira 3,500 m²) dengan rawatan spa dan sebuah pusat kecergasan, enam buah restoran, dan sebuah kafe dan bar bagi percutian dan perjumpaan perniagaan. Janu Tokyo akan mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia.
Maklumat mengenai Aman
Aman telah diwujudkan pada tahun 1988 dengan visi untuk membina sebuah koleksi tempat-tempat percutian intim dengan keramahan yang merendah diri dan mesra dari sebuah rumah persendirian yang anggun. Yang pertama, Amanpuri (tempat kedamaian) di Phuket, Thailand, telah memperkenalkan konsep tersebut dan, sejak itu, Aman telah berkembang untuk merangkumi 33 buah hotel dan resort yang sangat tenang di 20 buah destinasi di seluruh dunia, dengan tujuh lagi sedang dalam pembinaan. Aman seterusnya yang akan dibuka ialah Aman New York. Pada tahun 2020, sebuah jenama hotel baharu, Janu - yang bermaksud ‘jiwa’ dalam bahasa Sanskrit telah dilancarkan. Janu menawarkan satu keramahan yang unik di mana interaksi manusia yang tulen, ekspresi suka bergurau senda dan kesejahteraan sosial menjadi teras bagi pengalaman itu. Janu bertujuan untuk membawa keseimbangan kepada kepala dan hati dan menghidupkan semula jiwa. Janu dilancarkan dengan tiga buah hotel yang akan datang yang sedang dalam pembinaan: Montenegro (2022), Al Ula di Arab Saudi (2022) dan Tokyo (2023), serta satu saluran hotel masa depan yang teguh.
Maklumat mengenai Mori Building
Mori Building adalah sebuah pemaju bandar yang berinovatif yang berpusat di Tokyo. Syarikat itu komited kepada memaksimumkan tarikan magnet bagi bandar raya dengan mewujudkan dan memelihara pusat-pusat bandar yang selamat, lestari dan kosmopolitan berdasarkan kepada konsep Bandar raya Taman Vertikal mereka yang unik bagi pusat-pusat bertingkat tinggi untuk perniagaan, pendidikan, riadah dan tempat tinggal. Konsep itu diterapkan di dalam kebanyakan projek termaju syarikat itu, termasuk ARK Hills, Roppongi Hills dan Toranomon Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building juga terlibat di dalam pemajakan hartanah, pengurusan dan perundingan projek. Sila layari www.mori.co.jp/en
Pautan Berkaitan
Siaran media “Mori Building Melancarkan Projek Penjanaan Semula Bandar yang Besar di Pusat Tokyo” yang diterbitkan pada 22 Ogos, 2019:
https://www.mori.co.jp/en/img/article/190822.pdf
Buku Fakta Projek Toranomon-Azabudai:
https://www.mori.co.jp/en/projects/toranomon_azabudai/img/fact_book.pdf
Imej Filem Projek Toranomon-Azabudai:
https://www.youtube.com/watch?v=5akVE7tWOto&feature=emb_logo
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14266
No comments:
Post a Comment