Sunday
Nikmati K-kandungan Yang Hebat Dalam Talian... Jualan Besar-besaran Korea 2021, Satu Festival Kebudayaan & Pelancongan Untuk Warga Asing, Yang Akan Diadakan Secara Dalam Talian
SEOUL, Korea Selatan, 8 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MCST (Kementerian Kebudayaan, Sukan, dan Pelancongan; Menteri: Park Yang-woo) dan VKC (Jawatankuasa Melawat Korea) akan mengadakan satu festival kebudayaan & pelancongan untuk ‘Jualan Besar-besaran Korea 2021’ bagi warga asing dari 14 Januari hingga 28 Februari.Jualan Besar-besaran Korea adalah satu festival perwakilan bagi membeli-belah, kebudayaan, dan pelancongan yang menyediakan kandungan pelancongan yang menarik dan faedah membeli-belah untuk menarik pelancong asing semasa pelancongan di luar musim pada musim sejuk. Festival ini akan diadakan khas secara dalam talian pada tahun 2021 disebabkan oleh keadaan COVID-19.
Jualan Besar-besaran Korea 2021 menawarkan pelbagai program: Lawatan Kebudayaan Dalam Talian di Seluruh Korea di mana orang ramai boleh mengalami dan membeli kandungan kebudayaan Korea dalam cara yang tidak bersentuhan; Acara Pusat Beli-belah Dalam Talian Khas di mana potongan harga ditawarkan untuk barangan K-kecantikan, K-makanan, dan K-fesyen, yang popular di kalangan pelancong asing; Promosi Pra-Pembelian Produk Pelancongan Korea yang memberikan potongan harga pada produk pelancongan bagi menggalakkan pelancong asing untuk mengunjungi Korea ketika era COVID-19 akan berakhir; dan Berkongsi Korea Anda, satu kempen media sosial dengan satu tanda pagar yang direka untuk menggalakkan orang asing untuk turut serta di media sosial dan juga di Internet.
Jualan Besar-besaran Korea 2021 itu akan dibuka dengan konsert dalam talian oleh penyanyi pujaan K-pop ‘OH MY GIRL’ selama 46 hari mulai 14 Jan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jualan Besar-besaran Korea (www.koreagrandsale.co.kr).
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14163
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment