Wednesday

TMG anjur Minggu Kewangan Lestari Tokyo pada Februari 2021

 KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Kerajaan Metropolitan Tokyo (TMG) akan menganjurkan Minggu Kewangan Lestari Tokyo di Tokyo, Jepun pada Februari tahun hadapan.

Dalam satu kenyataan di sini, TMG berkata minggu kewangan itu diadakan bertujuan menggalakkan pelaburan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta kewangan lestari yang menyumbang kepada pembangunan bandar raya lestari dan meningkatkan kehadirannya di kawasan berkenaan.

Pada acara itu, Forum Kewangan Lestari Tokyo akan diadakan dan ia menyasarkan kalangan profesional yang bekerja di institusi kewangan dan organisasi berkaitan di Jepun dan di luar negara.

Selain itu, Seminar Kewangan bagi Penduduk Tokyo juga akan diadakan dalam usaha meningkatkan celik kewangan dan meningkatkan kesedaran mengenai kewangan lestari dalam kalangan masyarakat umum.

Antara program yang akan berlangsung merangkumi beberapa ucapan dasar dan satu panel perbincangan.

Ucapan dasar itu termasuk ucapan dasar mengenai "Pembangunan bagi Kewangan Lestari di Jepun" dan "’Trend Kewangan Lestari di Jepun dan Luar Negara dari Perspektif Pelabur".

TMG berkata permohonan untuk menghadiri Forum Kewangan Lestari Tokyo sudah diterima bermula 9 November, manakala permohonan Seminar Kewangan bagi Penduduk Tokyo akan dibuka pada awal Disember.

Permohonan boleh dibuat di https://sites.net-convention.com/tsfw_forum_en/


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment