Tempoh kelayakan adalah di antara 23 Oktober dan 31 Disember 2020
SYDNEY, 13 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WorldRemit, sebuah syarikat pembayaran antarabangsa terkemuka, merayakan Diwali dengan menghadiahkan 100 buah tablet kepada penerima di India! Juga dikenali sebagai perayaan cahaya, Diwali melambangkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan dan dirayakan oleh masyarakat Hindu, Jain dan Sikh. Disambut pada bulan Kartika, perayaan berlangsung selama 5 hari di mana doa-doa dilakukan di kuil, keluarga bertukar-tukar hadiah dan menghiasi kediaman mereka dengan lilin dan tanglung. WorldRemit ingin menyebarkan rasa cinta itu dengan tawaran yang bermurah hati ini.
Pelanggan di Australia dan New Zealand akan berpeluang untuk memenangi sebuah tablet bagi penerima pilihan mereka dengan hanya melakukan satu pemindahan sekurang-kurangnya $10 (dalam mata wang tempatan AUD atau NZD) ke India dengan menggunakan aplikasi atau laman web WorldRemit di antara 23 Oktober dan 31 Disember 2020 dan memastikan bahawa mereka telah mendaftar untuk tawaran itu secara dalam talian di: https://www.worldremit.com/en/promotions/india-win-a-tablet Terma dan Syarat terpakai. Setiap minggu, WorldRemit akan memilih pemenang secara rawak. Sebuah tablet akan kemudian dihantar kepada penerima terpilih pemenang di India.
“Kami menyedari pentingnya pendidikan dalam mewujudkan peluang-peluang bagi orang ramai untuk memenuhi potensi mereka, dan kami tahu bahawa pembiayaan pendidikan adalah satu daripada sebab utama mengapa pelanggan kami mengirim wang ke kampung halaman mereka. Seperti kebanyakan tempat di dunia, sistem pendidikan di India lebih banyak menggunakan teknologi digital akibat daripada penularan wabak global. Oleh kerana COVID-19 telah memberi impak kepada kebanyakan keluarga dan kewangan mereka, kami ingin memastikan bahawa lebih banyak orang dapat mengakses sumber pembelajaran secara dalam talian. Tawaran ini bagi sebuah hadiah pendidikan adalah cara kami untuk mengucapkan selamat meraikan Diwali kepada pelanggan kami dan menolong mereka untuk menyara keluarga dan rakan mereka di kampung halaman,” kata Ruzan Ahamed, Pengarah Negara bagi Asia Selatan di WorldRemit.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13980

No comments:
Post a Comment