Wednesday

MARKETLEND: PLATFORM KREDIT PERDAGANGAN TERKEMUKA DI AUSTRALIA MEMPEROLEH KEMUDAHAN PEMBIAYAAN $100 JUTA

 


SYDNEY, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Marketlend, platform kredit perdagangan tempat pasaran terkemuka di Australia, terus cemerlang ketika ia baru-baru ini memperolehi satu kemudahan pembiayaan $100 juta yang baharu dengan Crayhill Capital Management LP, sebuah pengurus kredit dan pemberi pinjaman berasaskan aset persendirian yang berpangkalan di New York. Kemudahan baharu ini akan membantu dengan kecairan dan aliran tunai pengurusan kepada syarikat-syarikat global yang terjejas oleh pandemik COVID-19. Ia melengkapkan program pensekuritian kredit perdagangan Marketlend yang sedia ada, yang menawarkan pembiayaan kepada syarikat-syarikat yang terlibat di dalam perdagangan antarabangsa.

Marketlend telah meningkat dari setingkat ke setingkat, dengan dinilai pada AUD $175 juta dolar pada awal tahun ini dan seterusnya meningkatkan AUD $8.5 juta dolar dalam ekuiti untuk mengembangkan kesedaran dan pemasaran jenama. Sejak penubuhan syarikat itu telah mencapai jumlah pelabur yang mengagumkan sebanyak 760, dengan 873 kemudahan kredit perdagangan bernilai AUD $333 juta dolar.

Leo Tyndall telah mengasaskan Marketlend pada tahun 2014 untuk menangani ‘jurang pembiayaan perdagangan’ yang signifikan yang bernilai $1.5 trilion dolar di dalam pembiayaan perdagangan global sepertimana yang dikenal pasti oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa. Pengalaman Leo di dalam industri perkhidmatan kewangan adalah sangat luas. Semasa bekerja sebagai seorang Pengamal Pasaran Modal di pasaran perkhidmatan kewangan, Leo menyedari bahawa PKS tidak diberi peluang pembiayaan yang sama rata atau berupaya untuk memperolehi perlindungan insurans yang setara dengan syarikat korporat. Marketlend menawarkan penyelesaian modal kerja kepada PKS dan menyediakan penyelesaian pembiayaan yang berinovatif dan fleksibel bagi pembeli dan penjual di dalam rantaian bekalan global. Marketlend juga dapat berunding dan melaksanakan pengaturan insurans bagi pihak PKS bagi membolehkan penyertaan pelaburan yang lebih besar di dalam peluang-peluang pembiayaan PKS ini. Kemudahan pembiayaan Crayhill menyokong perniagaan pinjaman belum terima perdagangan antarabangsa yang diinsuranskan oleh Marketlend di seluruh Asia, Timur Tengah dan Oceana.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13917

No comments:

Post a Comment