Palau, Filipina, kredit gambar Jonne Roriz
DALLAS, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tahun lalu, Mary Kay Inc., sebuah pemimpin antarabangsa di dalam tanggungjawab korporat dan sosial, mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjalin kerjasama dengan The Nature Conservancy untuk melindungi perikanan Texas dan Teluk Mexico. Hari ini, Mary Kay dengan bangga ingin mengumumkan bahawa mereka telah memperluaskan kerjasama dengan The Nature Conservancy untuk memberi impak kepada laluan air—dan spesies asli—di seluruh dunia.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200716005038/en/
“Semua kehidupan di Bumi bermula di dan bergantung kepada lautan kita,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay. “Air adalah sumber yang paling berharga di planet kita, dan adalah penting kita melakukan bahagian kita untuk melindunginya. Ketika kami mula meningkatkan perkongsian kami dengan The Nature Conservancy pada tahun lalu, kami memberi tumpuan kepada laluan air di negeri asal kami di Texas. Tetapi kami adalah sebuah syarikat global, dan kami tahu perlunya sokongan menjangkau melebihi Teluk Mexico. Kami gembira untuk memajukan ekosistem dan pemuliharaan kepelbagaian biologi di peringkat global.”
Ditubuhkan pada tahun 1951, The Nature Conservancy adalah organisasi pemuliharaan terkemuka, yang bekerja di seluruh dunia untuk melindungi tanah dan perairan yang penting secara ekologi untuk alam dan manusia. Amalan Conservancy itu berakar umbi pada sains dan didorong oleh penyelesaian pragmatik terhadap ancaman pemuliharaan yang paling mendesak pada skala terbesar.
Program pemuliharaan itu adalah sama luas dan berbeza seperti kehidupan laut yang mereka rancang untuk dilindungi. Menjangkau program perikanan Texas itu, Mary Kay akan juga menyokong The Nature Conservancy melalui program berikut:
- Australia: Di Australia Utara, Mary Kay akan bekerjasama dengan komuniti orang asli untuk meningkatkan peranan wanita di dalam pemuliharaan, termasuk memperhaluskan pembangunan ruang yang sihat berasaskan komuniti, bekerja dengan kerajaan dan rakan-rakan bukan kerajaan untuk meningkatkan penerimaan peralatan pemuliharaan, dan membangunkan sebuah kem wanita di Fish River Station, sebuah hartanah seluas 445,000 ekar di Wilayah Utara.
- New Zealand: Di New Zealand, Mary Kay dan The Nature Conservancy akan menjalin hubungan dengan penduduk asli di dalam akuakultur lestari, termasuk menyokong pelaksanaan kegiatan pemulihan di Teluk Hauraki di Auckland untuk memulihkan populasi kerang liar dan melancarkan sebuah dana cabaran untuk menggalakkan sokongan dermawan yang lebih besar bagi pemulihan hidupan liar.
- Mexico: Di Mexico, Mary Kay dan The Nature Conservancy akan bekerjasama ke atas Tabung Air Monterrey, yang akan meningkatkan kawasan legeh dan menyokong wanita di kawasan itu. Peningkatan ini termasuk sistem pengairan, satu kajian substrat, dan kepelbagaian bagi pengeluaran tanaman.
- China: Di China, Mary Kay dan The Nature Conservancy akan berusaha untuk melindungi air hulu luar bandar bagi mendapatkan air minum bersih untuk berjuta-juta orang di seluruh negara itu. Menjelang tahun 2021, pasukan itu akan mendemonstrasikan lima projek pengeluaran air hulu di Zhejiang, Fujian, Guangdong, dan satu wilayah lain.
- Lautan Umum: Perkongsian itu akan juga dapat mengurangkan pencemaran plastik di dalam perikanan tuna Indo-Pasifik. Bersama-sama, mereka akan bekerjasama dengan penyelidik plastik terkemuka untuk mengenal pasti perikanan yang menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran laut agar program perintis berkesan tinggi dan dipasang untuk mengurangkan pencemaran dan membersihkan laut kita.
- Kepulauan Solomon: Di Kepulauan Solomon, perkongsian itu akan melindungi penyu melalui ekopelancongan yang diketuai oleh wanita di Lautan Pasifik Selatan. Sumbangan Mary Kay akan membantu mewujudkan satu usaha ekopelancongan yang dikendalikan secara tempatan di Kepulauan Arnavon yang mengukuhkan pemuliharaan penyu dan memberikan pulangan kewangan yang saksama dan lestari kepada komuniti yang berada pada kedudukan terbaik untuk melindungi spesies terancam.
- Colombia: Melalui Tabung Air Bogota, kerjasama itu akan meningkatkan keselamatan air untuk berjuta-juta orang di Colombia.
- Kanada: Di Kanada, Mary Kay dan The Nature Conservancy akan memperkuatkan pengelola tempatan dengan menyokong pemimpin komuniti semasa dan pada masa depan di wilayah-wilayah tradisional. Ini adalah satu pelaburan di dalam sebuah masa depan yang sihat bagi komuniti ini, tanah mereka dan perairan untuk generasi akan datang.
- Eropah: Di United Kingdom dan Jerman, perkongsian itu akan berfungsi untuk melindungi kepelbagaian biologi dan sumber laut ketika mereka memperkenalkan tiram Eropah asli. Di Sepanyol, perkongsian itu akan berfungsi untuk mewujudkan sebuah tabung air—negara itu ketika ini menghadapi beberapa cabaran paling buruk dari segi kekurangan air dan kualiti air.
“Kita memerlukan laut yang sihat dan berbeza untuk penangkapan ikan, bekerja dan bermain,” kata Lily Verdone, Pengarah bagi Air Tawar dan Laut di The Nature Conservancy. “Tetapi melindungi lautan adalah lebih daripada sekadar melindungi planet kita: lautan menambahkan $1.5 trilion kepada ekonomi global pada setiap tahun. Mary Kay telah lama berusaha untuk mempengaruhi perubahan yang akan menampung bumi untuk generasi yang akan datang, oleh itu mereka adalah rakan semula jadi—dan dialu-alukan—bagi The Nature Conservancy. Kita sudah melihat perubahan yang ketara di Texas, dan kita sangat gembira melihat apa sumbangan mereka akan membantu kita capai di dalam komuniti di seluruh dunia.”
Mary Kay juga menaja persidangan EarthxOcean, satu acara penstriman secara langsung yang membawa pakar, penyelidik dan pemuliharaan bersama di dalam satu penstriman langsung untuk membincangkan topik seperti Inisiatif Laut Lepas, pemulihan terumbu karang, penyelesaian plastik lautan dan perikanan lestari.
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menghasilkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan pemakanan tambahan yang berinovatif. Melalui Yayasan Mary KaySM, syarikat itu telah memberikan lebih $78 juta kepada penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah.
Maklumat mengenai The Nature Conservancy
The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang didedikasikan kepada memelihara tanah dan perairan di mana semua kehidupan bergantung kepadanya. Dengan berpandukan sains, kami mewujudkan penyelesaian berinovatif dan praktikal kepada cabaran paling sukar di dunia agar alam dan manusia dapat berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, melestarikan tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya, menyediakan makanan dan air secara lestari dan membantu menjadikan bandar lebih lestari. Bekerja di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kerjasama yang melibatkan komuniti setempat, kerajaan, sektor swasta, dan rakan lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200716005038/en/
Hubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:
Post a Comment