Wednesday

ZYNGA MEMETERAI PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH PEAK YANG BERPUSAT DI ISTANBUL, PENCIPTA BAGI FRANCAIS MUDAH ALIH YANG MENDUDUKI KEDUDUKAN TERATAS TOON BLAST DAN TOY BLAST


·  Toon Blast dan Toy Blast Memperluaskan Portfolio Zynga kepada Lapan Francais Forever
·  Meningkatkan Pengguna Aktif Harian Mudah Alih (DAU) Zynga sebanyak Lebih 60%
·  Pasukan Berbakat Zynga dan Peak Bergabung Tenaga untuk Berkembang Lebih Pantas Bersama
·  Peak akan Mengekalkan Budaya Kreatif dan Identiti Jenama Mereka yang Unik
·  Perolehan dijangka ditutup pada Suku Ketiga bagi tahun 2020
·  Zynga Mengemas kini Panduan Kewangan Suku Kedua dan Tahun Penuh 2020 Tidak Termasuk Peak
·  Pengurusan akan Mengadakan satu Sesi Soal Jawab secara Langsung Hari Ini pada pukul 5:00 pagi Waktu Pasifik

SAN FRANCISCO,  2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin global di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperolehi Peak, satu daripada syarikat permainan mudah alih yang paling berjaya di dunia, dengan harga $1.8 bilion. Peak membawa sebuah pasukan terdiri daripada 100 orang yang berbakat dan dua Francais Forever, Toon Blast dan Toy Blast, yang telah secara konsisten masing-masing menduduki pada tempat 10 teratas dan 20 teratas bagi keuntungan kasar permainan iPhone Amerika Syarikat untuk tempoh dua tahun. Francais ini menambahkan skala yang signifikan kepada perkhidmatan langsung Zynga dan akan menjadi satu pemacu tambahan bagi pengembangan margin untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Peak juga meningkatkan saluran permainan baharu Zynga dengan projek tambahan yang berada dalam pembangunan awal.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200601005142/en/ 

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Sidar Sahin, Peak telah membangunkan francais permainan yang diminati ramai  Toon Blast dan Toy Blast. Terkenal kerana inovasi, kreativiti dan reka bentuk mereka yang luar biasa, Toon Blast dan Toy Blast mempopularkan mekanik ‘runtuh’ di dalam permainan teka-teki 3-perlawanan, dan telah menguasai  pangkalan audiens global yang sangat terlibat yang berada di antara yang terbaik di dalam industri untuk terus mengekalkan minat pemain. Secara kolektif, Toon Blast dan Toy Blast mempunyai purata lebih 12 juta DAU mudah alih. Peak dijangka mengembangkan purata DAU mudah alih Zynga dengan lebih 60% dan pada masa yang sama mengukuhkan audiens antarabangsa Zynga.

“Kami merasa berbesar hati untuk menyambut Sidar dan pasukannya ke Zynga. Peak adalah satu daripada pencipta permainan teka-teki terbaik di dunia dan kami sangat teruja untuk menambahkan bakat kreatif dan bersemangat seperti itu ke dalam syarikat kami,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif Zynga. “Dengan penambahan Toon Blast dan Toy Blast, kami sedang memperluaskan portfolio perkhidmatan langsung kami kepada lapan francais forever, yang bermakna meningkatkan pangkalan audiens global kami dan menambahkan saluran permainan baharu kami yang menarik. Sebagai sebuah pasukan gabungan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang dengan lebih cepat bersama.”

“Ini adalah satu perkongsian yang sangat penting bukan hanya bagi Zynga dan Peak, tetapi untuk keseluruhan industri permainan mudah alih,” kata Sidar Sahin, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Peak. “Kedua-dua syarikat mempunyai satu visi yang sama -- untuk menyatukan orang menerusi permainan. Budaya Peak telah berakar umbi di dalam pembelajaran dan kemajuan yang tanpa henti, oleh itu kami memulakan bab baharu ini di dalam perjalanan kami bersama Zynga, kami tetap komited seperti sebelumnya terhadap budaya kami yang unik. Kami sangat teruja bagi masa depan kami yang digabungkan dan apa yang dapat kami capai bersama.”

Zynga akan memperolehi 100% Peak dengan harga $1.8 bilion, terdiri daripada kira-kira $900 juta dalam bentuk tunai dan kira-kira $900 juta dalam bentuk saham biasa Zynga (dikeluarkan pada harga penutupan purata wajaran volum bagi setiap saham sepanjang tempoh perdagangan tiga puluh hari yang berakhir pada 29 Mei, 2020 ). Pertimbangan urus niaga di hadapan yang muktamad akan juga merangkumi pelarasan penutupan biasa, dan urus niaga itu dijangka ditutup pada suku ketiga tahun 2020.

No comments:

Post a Comment