Thursday

KEMAS KINI STATUS COVID-19 BAGI HCL TECHNOLOGIES

NOIDA, India, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HCL Technologies Ltd (HCL) sedang memantau penularan wabak Covid-19 sejak akhir Januari dan telah menggunakan Rancangan Kesinambungan Perniagaan dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko mereka agak awal untuk meminimumkan impak terhadap pekerja dan pelanggan mereka. Keadaan yang timbul daripada wabak ini dan penyebarannya yang pesat di seluruh dunia tidak pernah berlaku sebelum ini dan adalah sungguh dinamik. Impak ekonomi dapat dilihat dengan darjah keamatan yang berbeza-beza merentasi pelbagai negara di mana kami menjalankan operasi.

HCL mempunyai satu dasar pandemik yang jelas dan tersusun yang bingkas, pragmatik dan memberikan kepentingan yang utama kepada keselamatan & kesihatan pekerja dan komitmen pelanggan. Kami terlibat secara aktif dengan pelanggan kami dan telah melaksanakan Pelan Kesinambungan Perniagaan yang khusus untuk pelanggan dan berpusatkan operasi dalaman HCL yang memastikan kesinambungan dalam menyampaikan  komitmen pelanggan dan pekerja kami. HCL sentiasa mengkaji keadaan yang dihadapi dengan keutamaan yang mutlak dan mematuhi sepenuhnya dengan semua nasihat dan cadangan kerajaan. Berikutan keadaan yang berlanjutan ini, kami telah melihat untuk memastikan bahawa kami telah menyediakan langkah-langkah mapan jangka sederhana untuk memastikan kesinambungan bagi semua operasi kami dan dapat dihantar kepada pelanggan kami. Kami telah berjaya mencapai perkara itu setakat hari ini. Sejumlah besar daripada pelanggan kami telah menyatakan penghargaan mereka yang mendalam terhadap usaha dan kepantasan yang kami dapat capai bagi keadaan semasa itu.

Setakat hari ini, 76% daripada pekerja kami yang berpusat di India dan 92% daripada pekerja kami di kedudukan geografi yang lain dapat bekerja dari rumah. Dalam geografi tertentu, satu set yang terhad bagi pekerja kami sedang bekerja dari pejabat-pejabat kami, di mana ia dibenarkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Patut diberi perhatian bahawa kami tidak menyaksikan sebarang hentian atau gangguan utama dalam operasi dengan format kerja yang lebih baharu ini dari penghantaran ke rumah. Kami ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami, badan-badan industri dan pegawai-pegawai kerajaan yang sangat menyokong dalam usaha kami setakat ini.

Kemungkinan Impak terhadap perniagaan

Walaupun impak ke atas angka bagi suku tahun ini belum dikira, kami tidak menjangka ia akan menjadi signifikan. Pendedahan kami terhadap garis tegak yang lebih terimpak adalah tidak signifikan. Tempahan semasa suku tahun ini sebahagian besarnya adalah mengikut jadual memandangkan sebahagian besar daripada penutupan itu berlaku pada Januari.

Model perniagaan kami adalah satu adunan teguh bagi pendapatan produk yang berulang, perkhidmatan yang terurus dan perbelanjaan yang mengikut budi bicara yang diketuai oleh perkhidmatan profesional. Daripada satu perspektif garis tegak, pendedahan kami kepada garis tegak seperti Minyak & Gas, Perjalanan & Hospitaliti, Runcit Atasan adalah dalam angka tunggal.

Kami mengiktiraf pelaburan kami di dalam sistem dan proses pengurusan risiko sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah membantu kami untuk meminimumkan impak jangka pendek dan untuk bersedia secukupnya bagi jangka sederhana, jika ia menjadi lebih buruk. Kami juga yakin model perniagaan kami akan membantu kami kembali lebih kuat dalam jangka panjang kerana ia telah dibina untuk ketahanan semasa tempoh yang sukar.

Harapan kami agar semua orang di luar sana selamat dan berada dalam kesihatan yang terbaik dan kami berharap dan berdoa agar krisis ini berakhir secepat mungkin. Sila berada pada jarak yang selamat.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200330005242/en/

Hubungi

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
HCL Technologies
Ravi Kathuria
Ravi.Kathuria@hcl.com

Anne Coyle, Amerika Syarikat
Anne.coyle@hcl.com

Elka Ghudial, Eropah
Elka.ghudial@hcl.com

Devneeta Pahuja, India dan APAC
Devneeta.p@hcl.com

Sumber : HCL Technologies Ltd

No comments:

Post a Comment