Tuesday

​PAMERAN FESYEN DAN MANGA AKAN DIADAKAN DI PUSAT SENI KEBANGSAAN, TOKYO, SEMASA MUSIM PANAS 2020

TOKYO, Jepun, 31 Mac, 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Nikmati Sehari Suntuk dalam Bangunan Kaca yang Menakjubkan di Roppongi –

Pusat Seni Kebangsaan, Tokyo (NACT) telah mengumumkan jadual pameran mereka semasa musim panas 2020, termasuk pameran mengenai “Fesyen di Jepun 1945-2020” dan “MANGA -- TOKYO.”

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202003117936?p=images 

Dengan mempunyai satu daripada ruang pameran terbesar di Jepun, NACT adalah sebuah muzium seni popular yang menarik lebih dari dua juta pelawat dari seluruh pelusuk dunia setiap tahun, dengan pelbagai pameran yang mencakupi dari seni moden dan kontemporari di seluruh dunia sehingga kepada manga, seni bina, dan fesyen.

Sebagai tambahan kepada pameran itu, NACT menawarkan banyak cara untuk meluangkan masa dengan tiga kafe dan sebuah restoran, serta sebuah kedai dengan banyak pilihan barangan. Bangunan fotogenik itu dengan “dinding tirai” kaca bak gelombang, yang direka oleh arkitek Kisho Kurokawa, juga adalah satu daya tarikan secara tersendiri. Walaupun berada di tengah-tengah ibu kota, ruang bahagian dalam itu bermandikan dengan cahaya dan kehijauan pokok-pokok, yang membolehkan pelawat untuk mengalami konsep “sebuah pusat seni yang dikelilingi oleh ruang hijau.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13244

No comments:

Post a Comment