Aset penjanaan kuasa mudah alih akan juga menjamin grid elektrik dan melengkapkan tenaga boleh diperbaharui
GLASTONBURY, Conn., 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PW Power Systems (PWPS), pembekal terkemuka bagi penyelesaian tenaga penjanaan kuasa aero-derivatif, mengumumkan bahawa PREPA (Lembaga Kuasa Elektrik Puerto Rico) mempunyai tiga turbin gas PWPS FT8® MOBILEPAC® yang bersedia untuk digunakan. Unit turbin gas mudah alih 30 megawatt itu kini tersedia untuk kuasa kecemasan, serta untuk keselamatan grid bagi menyokong pelan Kelestarian Alam Sekitar Puerto Rico. PWPS menyokong ARG Precision Corporation, yang melengkapkan pemasangan siap guna bagi turbin gas berkapasiti bahan api duaan FT8 MOBILEPAC di Loji Kuasa Palo Seco di Toa Baja.
Gabenor Puerto Rico Wanda Vazquez berkata, “Tiga penjana itu menyediakan peluang untuk tindak balas yang pantas sekiranya berlaku suatu kecemasan atau keadaan di mana kita kehilangan tenaga di kawasan metropolitan. Dalam masa lapan hingga 10 minit, kita dapat memberikan tenaga kepada sistem dan menyediakan tenaga elektrik kepada kira-kira 40,000 pelanggan. Perkhidmatan kritikal seperti hospital di kawasan metropolitan juga akan mempunyai keselamatan itu.”
“Tiga penjana mega itu dapat memenuhi permintaan bagi kemudahan seperti Hospital Daerah Bayamón, Pusat Perubatan Río Piedras, dan Golden Mile di Hato Rey, serta melindungi operasi harian bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Luis Muñoz Marín di Isla Verde,” demikian disahkan oleh Jose Ortiz, Pengarah Eksekutif bagi PREPA. “Walaupun mereka ditempatkan secara fizikal di loji Palo Seco, peralatan itu adalah mudah alih, oleh itu ia dapat dipindahkan ke kawasan terpencil yang, dalam keadaan darurat, tidak memiliki kapasiti penghantaran,” kata Ortiz.
“Ketika Puerto Rico mengubah seni bina grid mereka, ketersediaan bagi FT8 MOBILEPAC membawa ketenangan fikiran segera kepada PREPA dan pelanggan mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PWPS Raul Pereda. “Untuk tempoh jangka panjang, teknologi ini adalah penyelesaian pelbagai aspek yang membantu untuk mencapai daya tahan apabila cuaca melampau menimpa dan membolehkan PREPA untuk bergerak ke arah integrasi dengan standard portfolio boleh diperbaharui yang baharu. Kecekapan tenaga dan tindak balas permintaan permulaan cepat menyediakan fleksibiliti yang ketara apabila berhadapan dengan cabaran bagi ramalan beban yang tidak menentu dan membekalkan kuasa yang boleh dipercayai apabila Puerto Rico sangat memerlukannya.”
Maklumat mengenai PW Power Systems
PW Power Systems LLC (PWPS) adalah sebuah syarikat kumpulan milik MHPS Americas, yang beribu pejabat di Lake Mary, Florida. PWPS secara eksklusif memanfaatkan teknologi canggih bagi enjin pesawat Pratt & Whitney® dan menggunakannya secara unik untuk penyelesaian sistem kuasa yang kompleks untuk menjadi peneraju di dalam industri penjanaan kuasa.
PW Power Systems mempunyai lebih daripada 2,000 turbin gas perindustrian di lebih 50 buah negara di seluruh dunia dan berasa bangga kerana menjadi lebih unggul di dalam sektor pembaikan turbin gas dan membaik pulih. Portfolio enjin turbin gas PWPS menawarkan produk yang kompetitif, cekap, dan fleksibel yang menghasilkan 30 hingga 140 megawatt kuasa.
Penjana turbin gas FT8® MOBILEPAC® adalah sangat cekap dan mudah dan boleh diangkut dengan cepat melalui darat, laut, atau udara. Reka bentuknya yang unik membolehkan mobilisasi pantas dan pemberhentian daripada khidmat kerahan dengan krew dan peralatan yang minimum.
PW Power Systems adalah komited untuk menyediakan penyelesaian yang berkualiti tinggi bagi pasaran tenaga teragih yang meningkatkan produktiviti dan kebolehpercayaan tenaga dan memberikan penjimatan operasi kepada pelanggan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pwps.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191205005154/en/
Hubungi
Stefan Zavatone, Pengarah bagi Pemasaran & Komunikasi
860-368-5499
stefan.zavatone@pwps.com
Sumber : PW Power Systems
No comments:
Post a Comment