KUALA LUMPUR, Malaysia & SINGAPURA, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eli Lilly (Malaysia) Sdn Bhd Malaysia dan Eli Lilly Singapore Pte Ltd, syarikat gabungan tempatan bagi firma farmaseutikal global, Eli Lilly and Company dengan ibu pejabat mereka terletak di Indianapolis, Amerika Syarikat, telah baru-baru ini diperakui sebagai satu daripada tempat terbaik untuk bekerja masing-masing di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2019. Program tahunan berprestij Tempat Terbaik Untuk Bekerja itu mengiktiraf majikan terkemuka di seluruh dunia dan memberi peluang kepada majikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penglibatan dan kepuasan pekerja mereka dan memperakui mereka yang memberikan pengalaman kerja yang cemerlang, memupuk dan membangunkan bakat di semua peringkat organisasi, dan yang berusaha untuk mengoptimumkan secara berterusan amalan pekerjaan.
Kedua-dua buah syarikat itu mendapat markah yang cemerlang dalam beberapa aspek di tempat kerja mereka seperti kepimpinan, kerja berpasukan dan peluang-peluang untuk pertumbuhan bakat yang mengiktiraf komitmen syarikat untuk membentuk program tempat kerja yang strategik dan bijak dan mewujudkan sebuah persekitaran yang memberi kuasa dan membangunkan pekerja mereka.
“Saya amat berbesar hati untuk menerima tanda penganugerahan ‘Tempat Terbaik Untuk Bekerja’ bagi Lilly Malaysia dan Lilly Singapura. Kami amat berterima kasih di atas pengiktirafan yang kami terima dengan mengekalkan legasi Lilly selama lebih dari 140 tahun - menghormati orang, integriti, kecemerlangan dan tujuan untuk menyatukan penyayang dengan penemuan bagi menghasilkan ubat-ubatan yang menjadikan kehidupan lebih baik bagi orang ramai di seluruh dunia,” kata Adrian Wong — Pengurus Negara, Eli Lilly and Company | Malaysia dan Singapura.
Vincent Cheng, Pengarah Sumber Manusia bagi Lilly di ASEAN, juga berbangga dan terharu untuk menerima pengiktirafan ini bagi tiga (3) ahli gabungan Lilly di rantau itu – Thailand, Malaysia dan Singapura. “Untuk diiktiraf merentasi tiga buah negara di ASEAN, memberikan maklumat yang banyak tentang tujuan Lilly ditempatkan di barisan hadapan dari segi apa yang kami lakukan selama lebih 140 tahun. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua rakan sekerja saya di ASEAN yang berdiri teguh dengan tujuan ini dan mewujudkan persekitaran kerja yang menghasilkan pencapaian ini,” kata Vincent.
“Kami sangat gembira untuk melihat bahawa kedua-dua Lilly Malaysia dan Lilly Singapura merupakan bukti bagi sebuah organisasi yang membolehkan dan menggalakkan pekerja untuk membangunkan potensi mereka dalam sebuah budaya yang pelbagai berdasarkan kepada kepercayaan dan integriti. Tahniah kami kepada mereka untuk anugerah ini,” kata Grace Kelly, Pengurus Program bagi Tempat Terbaik Untuk Bekerja, Singapura.
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM TEMPAT TERBAIK UNTUK BEKERJA
Program Tempat Terbaik Untuk Bekerja mengesahkan dan mengiktiraf tempat kerja utama di banyak negara termasuk program utama di Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Program itu memberi tumpuan kepada 8 faktor Tempat Kerja termasuk budaya tempat kerja, peluang untuk pertumbuhan dan kepuasan pekerja secara keseluruhan dengan amalan pekerja syarikat. Sebuah audit Sumber Manusia juga dijalankan untuk mengkaji Amalan Sumber Manusia di dalam organisasi itu.
Pensijilan itu hanya diberikan kepada syarikat-syarikat yang mencapai standard kualiti paling tinggi di dalam pengurusan sumber manusia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web program itu di www.bestplacestoworkfor.org
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190808005392/en/
Hubungi
Media: Grace Kelly
E-mel: grace@bestplacestoworkinasia.com
Tel: +65 3159 1167
Sumber : Tempat Terbaik Untuk Bekerja
No comments:
Post a Comment