Saturday

LARIAN AGROBANK 50 TAHUN DI NEGERI JELAPANG PADI

ALOR SETAR, 27 Julai (Bernama) -- Agrobank hari ini menganjurkan satu acara larian bersempena ulang tahun ke-50 tahun ini. Seramai 1,000 pelari mengambil bahagian dalam larian sepanjang 5 km dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah sawah padi. Acara larian 50 tahun Agrobank ini merupakan hari yang penuh keseronokan, persahabatan dan kesukanan. Ia adalah hari kejayaan sukan untuk pelari, dari latar belakang yang pelbagai untuk melalui medan padi dengan rakan-rakan dan keluarga sehingga ke garisan penamat.
 
Pada pukul 7.45 pagi, pelari-pelari bermula dengan ‘Flag Off’ disempurnakan oleh YB Tuan Asmirul Anuar, Exco Negeri bagi Belia dan Sukan yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bersama-sama dengan YB Tuan Azman Nasrudin, Exco Negeri bagi Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank dan Dato' Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Ketua Setiausaha Agung Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
 
Dengan suasana yang indah dalam pemandangan sawah, para pelari menikmati konsep alam semula jadi pada hari hujung minggu sambil menikmati kehijauan bumi dan menghargai sumber makanan utama kami di Malaysia.
 
"Inilah kali pertama Agrobank menganjurkan acara sedemikian. Kami memutuskan untuk menganjurkan larian ini di Kedah kerana ini adalah lokasi bagi cawangan pertama kami dan menghargai projek pertama kami di negeri yang indah ini. Adalah baik untuk mengimbau kembali di mana bank bermula dan mengingati ‘raison d'etre’ kami. Agrobank atau Bank Pertanian Malaysia (seperti yang dikenali dulu) ditubuhkan pada tahun 1969 bagi membiayai projek pengairan untuk menampung tanaman dua kali untuk penanaman padi di Kedah, dikenali sebagai kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
 
"MADA merupakan rakan strategik pertama untuk Agrobank dan kami bangga dapat bekerja dengan MADA lagi hari ini untuk ‘Fun Run’ ini bagi meraikan ulang tahun ke-50 kami. Bersama-sama dengan rakan strategik, kami terus komited untuk memastikan keselamatan makanan negara dan menyokong perniagaan berasaskan pertanian di seluruh negeri," kata Tan Sri Mohd Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank.
 
Pelari juga membawa pulang pingat penamat unik yang mewakili tema tahun ke-50 bank. Di samping itu, pelari dan penyokongnya turut bersama untuk menyokong acara ini dan menikmati pelbagai aktiviti seperti jualan trak makanan, gerai pendidikan, muzik dan lain-lain.


Mengenai Agrobank
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my 

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank


SUMBER : Agrobank



No comments:

Post a Comment