Thursday

KLPGA AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN KELAYAKAN ANTARABANGSA 2019

  • Dengan pemain golf profesional yang datang dari lebih 10 buah negara, acara itu dijangka memudahkan pertukaran antarabangsa di kalangan pemain
  • ‘Golf K’ akan dipromosikan secara global dengan menawarkan bahan bahasa Korea dan kandungan kebudayaan


PATTAYA, Thailand & SEOUL, Korea Selatan, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persatuan Golf Profesional Wanita Korea (KLPGA) akan menganjurkan ‘Kejohanan Kelayakan Antarabangsa KLPGA 2019’ dari 20 hingga 23 Ogos. Tahun ini acara itu akan diadakan di Kelab Golf & Country Phoenix di Pattaya, Thailand dalam satu pertandingan permainan strok empat pusingan, 72 lubang.

Kejohanan Kelayakan Antarabangsa (IQT) itu adalah acara jelajah tahunan yang menawarkan peluang kepada pemain golf bukan warga Korea untuk menyertai Jelajah KLPGA. Pada tahun pertamanya, 2015, acara itu telah menarik enam pemain golf antarabangsa; satu tahun selepas itu, bilangan pemain bertambah kepada 20. Pada tahun lepas, acara itu, yang diadakan di Malaysia, telah menarik 50 pemain golf dari 10 buah negara termasuk Thailand, Jepun, Taiwan, Malaysia, Singapura, China, Amerika Syarikat., Kanada, Filipina, dan Hong Kong.

Sebilangan besar pemain juga dijangka beraksi pada tahun ini, dengan lebih banyak faedah ditawarkan kepada peserta, terutamanya kepada pemain antarabangsa. Seperti pada tahun lepas, jumlah hadiah wang adalah sebanyak USD30,000, dan yuran permainan diketepikan, tetapi tidak seperti pada tahun lepas, tiga pemain teratas akan layak ke Peringkat 3 Kejohanan Kelayakan Jelajah KLPGA 2020 tanpa perlu bersaing dalam satu kejohanan kelayakan awal. Tambahan pula, lima pemain teratas akan layak untuk beraksi pada Jelajah Impian KLPGA 2020, dan pemain yang menamatkan IQT dengan menduduki tempat ke-6 hingga ke-10 tidak perlu bersaing dalam kejohanan kelayakan awal untuk Jelajah Impian 2020 dan akan layak untuk Jelajah Jump KLPGA 2020.

Setiap tahun, pencapaian pemain-pemain baharu antarabangsa KLPGA menarik minat yang mendalam di kalangan peminat golf. Pada tahun lalu, Ploychompoo Wirairungrueng (Thailand) memenangi IQT itu, dengan menamatkan kejohanan dengan mencatatkan lima pukulan di bawah par 283 (73, 69, 72, 69). Mengenai Jelajah itu, beliau berkata, “Saya sangat menghargai KLPGA kerana memberikan saya kesempatan untuk bertemu dan bersaing dengan begitu ramai pemain antarabangsa yang sangat baik.”

Genevieve Ling I-Rynn (Malaysia) berkata, “Memandangkan jelajah KLPGA itu sangat sengit, saya banyak belajar dengan hanya menyaksikan pemain-pemain lain beraksi. Saya mengambil keputusan untuk menyertai IQT untuk terus bermain dalam jelajah KLPGA pada tahun ini.”

Sehingga hari ini, enam pemain antarabangsa, termasuk Ploychompoo Wirairungrueng (Thailand), Sui Xiang (China), Takabayashi Yumi (Jepun), Aratake Rui (Jepun), Nishimura Miki (Jepun) dan Chen Yu Ju (Taiwan) telah mendaftar untuk KLPGA itu.

Disebabkan oleh minat pemain antarabangsa yang meningkat, KLPGA sedang berusaha untuk meningkatkan daya saing jelajah itu dengan menawarkan lebih banyak sokongan kepada pemain antarabangsa. Perkhidmatan khas kini ditawarkan termasuk pengangkutan ke dan dari tempat kejohanan dan tempahan untuk pusingan latihan. Ia juga merancang untuk mengubah reka bentuk laman web mereka agar lebih sesuai untuk pemain antarabangsa. Bagi pemain antarabangsa yang tinggal di Korea, ia merancang untuk menyediakan bahan pembelajaran bahasa Korea dan kandungan kebudayaan.

Seorang pegawai KLPGA berkata, “Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menjadikan Jelajah ini sebagai satu daripada jelajah yang terbaik, dengan bersedia untuk memenuhi kehendak dan keperluan pemain, dan paling kompetitif di dunia.”

Maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon tersedia di laman web rasmi IQT di http://klpgaiqt.com/.

Persatuan Golf Profesional Wanita Korea (KLPGA) 
KLPGA, sejak penubuhannya pada tahun 1978 dan selama 41 tahun yang lalu, telah mempromosikan jenama mereka dan pemain jelajah untuk kepentingan golf profesional wanita Korea. Sebagai penganjur bagi acara jelajah itu, ia berusaha untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan dan menyumbang kepada mempopularkan sukan golf dan globalisasi pemain-pemain golf profesional wanita Korea. Pada tahun ini, ia akan mengadakan 29 Jelajah KLPGA, 21 Jelajah Impian, 16 Jelajah Jump, dan 12 Jelajah Juara-juara. KLPGA sedang menerajui dalam pembangunan sistem jelajah golf yang paling maju dengan menggunakan sistem kedudukan K yang didorong oleh IT dan Perkhidmatan Pusat Data KLPGA. Selain itu, untuk merekrutkan pemain antarabangsa, ia telah mewujudkan sebuah infrastruktur dalam talian dan luar talian bagi pengurusan pemain IQT dan ahli Jelajah-I, dan menyemak semula laman web mereka yang dikhususkan untuk pemain asing, dan menawarkan lebih banyak kandungan yang berkaitan dengan Korea. Matlamat utama mereka adalah untuk menjadi jelajah Nombor 1 Dunia.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri gambar/multimedia tersedia di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/52009233/en

Hubungi

Bagi Persatuan Golf Profesional Wanita Korea (KLPGA)
KPR
Howard Kim
+82-2-3406-2245
klpga@kpr.co.kr

Sumber : Persatuan Golf Profesional Wanita Korea

No comments:

Post a Comment